LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

(VIDEO)BUDAK TERGANTUNG 33 KAKI BERJAYA DISELAMATKAN

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di utara China ditemui tergantung pada ketinggian 33 kaki sebuah bangunan kediaman di negara itu berjaya diselamatkan seorang juru elektrik.

Budak Perempuan Tergantung 33 Kaki Berjaya Diselamatkan

Budak Perempuan Tergantung 33 Kaki Berjaya Diselamatkan


Insiden berkenaan berlaku di daerah Wuxiang, wilayah Shanxi pada 19 Mac lalu.

Menerusi rakaman video yang tersebar, budak perempuan berpakaian warna merah jambu itu dilihat cuba bertahan dengan memegang salur paip sementara sebelah kakinya dihalakan pada bingkai tingkap di aras lima bangunan kediaman itu untuk mengukuhkan lagi posisinya.

Selain itu, beberapa individu dari kejiranan sama dilihat membentangkan selimut di bawahnya untuk menyelamatkan mangsa sekirannya dia terjatuh.

Budak Perempuan Tergantung 33 Kaki Berjaya Diselamatkan

Budak Perempuan Tergantung 33 Kaki Berjaya Diselamatkan

Laman tempatan, CGTN melaporkan mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu difahamkan memanjat keluar dari tingkap kediamannya yang terletak di aras enam bangunan tersebut.

Nasib mangsa baik apabila situasi bahayanya itu disedari oleh seorang juru elektrik lalu bertindak menyelamatkannya menggunakan jentera pemetik buah ceri dan berjaya mencapai mangsa yang berada di aras enam kediaman itu yang berketinggian 33 kaki.

Walau bagaimana laman itu tidak dapat memastikan sama ada mangsa mengalami sebarang kecederaan atau tidak malah punca budak perempuan itu bertindak sedemikian juga tidak dinyatakan. – MYNEWSHUB.CC