CHINA - Rakaman video seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun takut pulang ke rumah selepas dibelasah bapanya menggemparkan netizen di negara itu, lapor Shanghaiist.
Video menunjukkan seorang wanita memeriksa keadaan badan mangsa dan mendapati terdapat kesan lebam di paha, belakang badan dan telinganya.
Menurut mangsa, dia telah dipukul oleh bapanya dengan selipar kerana dia terlupa menutup tingkap. Selepas kejadian itu, mangsa tidur di bawah kereta sepanjang malam.
Apabila ditanya mengapa dia tidak pulang ke rumah, dia menangis dan menyatakan bahawa dia takut bapanya akan memukulnya lagi.
Difahamkan bapa mangsa yang tinggal di Changzhou, wilayah Jiangsu pernah dipenjarakan kerana memukul anaknya.
Menurut seorang pengguna Weibo berkata, "Baru-baru ini saya buat semakan di satu forum tempatan dan tidak menyangka mangsa sebelum ini pernah dibelasah teruk oleh bapanya beberapa tahun yang lalu.
"Namun, lelaki itu hanya dipenjarakan selama dua bulan dan sekali lagi mangsa dipukul, hampir setiap hari.
"Kalau berterusan begini, lambat laun kanak-kanak ini akan mati di tangan bapanya sendiri. Jika itu berlaku, tiada guna lagi kita sedih dan menyesal. Saya harap dia dapat diselamatkan. Terpulanglah pada kerajaan, nak bantu atau sebaliknya," katanya.
Susulan viral video tersebut, mangsa telah dihantar ke pusat kebajikan untuk sementara waktu dan bapanya sekali lagi telah ditahan polis. - The Reporter
from Viral Semasa http://ift.tt/2lWEhsL
via IFTTT