LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Pemandu Gen 2 'lawan arus' mengaku tidak bersalah guna dadah


BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG - Pemandu kereta Proton Gen 2 yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang juruteknik kilang Selasa lalu, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis  syabu ke dalam badan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini, lapor Harian Metro.

Ng Pei Ven, 19, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Pei Ven didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam, jam 5 petang, Selasa lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara dua tahun, jika disabitkan bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Mahkamah Asisten Superintendan Md Azman Kadir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Md Azman menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan memohon perintah lapor diri di Jabatan Narkotik seminggu sekali, selain meminta lesen memandu tertuduh digantung.


from The Reporter http://ift.tt/2nLmyVp
via IFTTT