LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Keluarga tolak pembedahan buang tumor, tetapi berharap ada rawatan alternatif yang boleh sembuhkan anaknya


BANGKOK, THAILAND - Keluarga kanak-kanak lelaki berusia 23 bulan ini merayu bantuan orang ramai untuk merawat ketumbuhan di sebelah kiri kepalanya, lapor Mirror. 

Khondej, 23 bulan, disahkan menghidap kanser sejak sembilan bulan lalu di Hospital Srinakarin selepas menjalani pemeriksaan ke atas bengkak di sebelah kiri kepalanya. 

Kanak-kanak berkenaan telah menjalani beberapa tujuh siri rawatan kemoterapi dan kini pakar bedah memutuskan mahu melakukan pembedahan untuk membuang sebahagian otak, tulang pipi dan rahangnya. 

Malangnya, keluarga kanak-kanak itu membantah keputusan pihak hospital berkenaan. 





"Kami tidak mahu Khondej melalui apa-apa prosedur yang lebih menyakitkan. Cukuplah dia menanggung penderitaan selama ini," kata ibunya. 

"Kami benar-benar mahu ada pihak yang tampil membantu kami. Dengan bantuan orang ramai, mungkin kami boleh mencari rawatan alternatif yang mungkin akan membuahkan hasil," tambah ibu saudara Khondej. - The Reporter


from Viral Semasa http://ift.tt/2mKdnaQ
via IFTTT