Kanak-kanak malang ini terpaksa dikejarkan ke hospital setelah bapanya menyuapkannya 280 biji bola polimer bersaiz kecil kerana menyangka objek tersebut merupakan gula-gula kegemaran anaknya.
Selepas menyedari bola polimer tersebut bukannya gula-gula, ibu bapa kanak-kanak itu dengan segera membawa kanak-kanak perempuan tersebut ke hospital. Laporan X-ray menunjukkan bahawa bahan tersebut sudah memenuhi perut anak mereka.
Bagaimanapun, kanak-kanak berusia 3 tahun itu cukup bernasib baik kerana dikejarkan ke hospital dengan kadar segera. Menurut pihak hospital, bola polimer l itu masih lagi belum mengembang di dalam perut anak mereka
Doktor kemudiannya memberikan ubat untuk mengeluarkan kristal tersebut. Doktor telah berjaya mengeluarkan 200 biji kristal daripada badannya dan baki kristal itu akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam.
Untuk pengetahuan semua, bola polimer biasanya digunakan untuk membekalkan air kepada tumbuhan. Ia mampu menyerap dan boleh berkembang sehingga 500 kali ganda daripada jisim sebenar apabila dimasukkan ke dalam air.
Sumber: Next Shark