Masihkah anda ingat lagi, budak kecil yang kelihatan tidak terurus sedang minum air botol di tepi jalan disuapkan oleh seorang wanita yang menyertai misi menyelamat dikenali sebagai Anja Ringgren Loven? Gambar tersebut pernah menjadi viral sekitar awal tahun lepas.
Selepas setahun, Anja Ringgren telah memuat naik gambar terbaru Hope yang kelihatan sihat lengkap berpakaian sekolah di Facebook nya.
Ketika ditemui, kanak-kanak yang diberi nama Hope itu dalam keadaan yang menyedihkan, kurus kering, comot, tubuh dipenuhi kudis serta mempunyai masalah cacing yang sangat serius. Hope dibuang keluarga tahun lalu kerana mereka menyangka dia seorang ahli sihir.
Hope serta kanak-kanak lain yang dibuang keluarga telah diselamatkan oleh Anja dan suaminya, David Emmanuel Umem.
Anja merupakan pengasas Yayasan Pembangunan dan Bantuan Pendidikan Kanak-Kanak Afrika. Yayasan tersebut telah dibina tiga tahun lali dalam usaha membantu kanak-kanak malang yang dibuang keluarga serta diseksa kerana dituduh sebagai ahli sihir.
Kini Anja dan suaminya memiliki rumah kebajikan mereka sendiri dan akan menyelamatkan lebih ramai lagi kanak-kanak seperti Hope.
Sumber: Daily Mail