KAJANG, SELANGOR - Susulan viral gambar tiga kanak-kanak di sebuah taska di Bangi diikat, polis telah menahan empat suspek yang terdiri daripada pengurus dan pembantu taska bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanya berkata, empat wanita berusia antara 24 dan 46 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan hari ini.
"Tiga pekerja wanita ditahan di taska berkenaan pada jam 4.20 petang. Kita turut menahan pengurus taska tersebut di sebuah pangsapuri di Kajang Prima Impian, jam 5 petang.
"Kanak-kanak terbabit turut dihantar ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan dan pihak hospital mengesahkan tiada sebarang kecederaan fizikal," katanya.
Dalam laporan
Harian Metro itu juga melaporkan, kejadian 'dera' itu dipercayai dilakukan oleh dua bekas pekerja taska berkenaan yang berdendam kerana diberhentikan kerja. Kedua-dua bekas pekerja berusia 20-an itu hanya bekerja di taska berkenaan dalam tempoh empat dan lima hari saja.
Menurut Othman, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, Isnin depan untuk arahan selanjutnya. -
The Reporter
Artikel berkaitan:
from Viral Semasa http://ift.tt/2iSyqCl
via
IFTTT
Related Posts :
Murid tahun satu mati dipukul kerana ejek nama bapa pelajar senior
KAPIT, SARAWAK - Seorang murid Tahun Satu dilaporkan meninggal dunia selepas dipukul oleh pelajar … Read More...
Jangan pukul anak yang lembab, lambat, nanti kita menyesal
Tidak dinafikan, ada ibu bapa yang suka marah anak bila mereka lambat melakukan sesuatu. Akibatnya… Read More...
'Tolonglah kembalikan, lens itu punca rezeki saya' - Hantar camera lens untuk dicuci, tetapi hilang dicuri
Assalammualaikum. Hari ini betul-betul menguji kesabaran saya. Perkara ini berlaku pada bulan Jula… Read More...
Pendaftar puas hati dengan dokumen dan pengakuan bekas suami, maka Hafiz dan Joy dibenarkan bernikah - JAIS
SHAH ALAM, SELANGOR - Isu rumah tangga penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun dan Joy Revfa atau nam… Read More...
'Anak sakit, ingat suka-suka cancel order 30 bungkus nasi lemak? Cakap pakai otak sis!'
Viral di media sosial, seorang peniaga nasi lemak ayam berempah kesal ada individu yang tidak bert… Read More...