ARAB SAUDI - Seorang lelaki tergamak mendera bayinya sendiri dipercayai sebagai tindakan membalas dendam terhadap isterinya selepas tidak tinggal bersama.
Video dan gambar mangsa yang berusia sebulan itu viral di media sosial dan telah dikongsi 29,131 kali oleh pengguna Facebook.
Menurut individu yang memuat naik video dan gambar tersebut, kejadian itu berlaku di bandar Mekah di mana si suami kerap mendera mangsa dengan menampar dan mengoncangkan kepalanya. Selain itu, lelaki terbabit turut mencampurkan susu bayinya dengan air peps dan merokok berhampiran mangsa.
Segala tindakan itu dirakam dan dihantar kepada ibunya yang berasal dari Syria yang telah terpisah selepas lelaki itu telah merampas mangsa darinya.
Tidak tahan melihat nasib yang menimpa anaknya, si ibu membuat laporan dan meminta bantuan dari pihak polis Arab Saudi bagi mendapatkan semula anaknya dari lelaki yang tidak bertanggungjawab itu.
Difahamkan, mangsa telah berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada ibunya. -
The Reporter
from Srikandi http://ift.tt/2jlrv5U
via
IFTTT
Related Posts :
'Saya (pengasuh) cuti sehari pun, parents nak tolak gaji'
Luahan Pengasuh
Saya pengasuh di kawasan Kuala Lumpur. Ambil upah jaga baby, RM35 dan untuk budak… Read More...
'Inilah balasan untuk saya yang menghambakan ibu bapa'Dari kecil ibu bapa menjaga kita, sehingga usia di mana kita sudah mampu berdikari. Pada ketika itu,… Read More...
Bila tiba masa makan, semua ahli keluarga wajib berkumpul di meja makan kerana itulah 'pusat pentadbirannya'
Oleh Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan
MEJA MAKAN
Ini meja makan di rumah saya. Anda lihat susun … Read More...
Dahi dijahit, cedera & lebam seluruh badan akibat didera ibu kandung & teman lelakinya
KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun cedera di dahi dan lebam di seluruh bad… Read More...
Baru hari pertama kerja, dah rembat barang kemas RM50,000
KULIM, KEDAH - Baru hari pertama pekerja, seorang wanita telah mencuri barang kemas bernilai hampi… Read More...