LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

'Ini Semua Nak Sabotaj Bisnes' - QSF Boutique


TASEK GELUGOR, PULAU PINANG - Susulan viralnya dakwaan hasil pelamin pakej RM3,000 tidak setanding dengan harga yang viral di media sosial, QSF Boutique Online tampil memberi penjelasan awalnya. 

QSF Boutique menasihatkan agar netizen tidak terus mengecam pihaknya kerana netizen hanya mendengar penjelasan dari sebelah pihak sahaja. 

"Apa yang diviralkan adalah tidak benar sama sekali. Harga pelamin bukan RM3,000. Ini Semua usaha nak sabotaj bisnes," katanya yang turut mendakwa disabotaj oleh rakannya sendiri," katanya. 

Difahamkan, QSF Boutique juga menghubungi pasangan pengantin berkenaan untuk berjumpa di Jenggo Blues Cafe - Alor Setar, jam 9 malam ini, bagi menyelesaikan masalah yang timbul. 

Menurut QSF Boutique, pakej pelamin itu bukanlah RM3,000 seperti yang didakwa, sebaliknya harga yang dikenakan adalah RM2,830. Dalam pakej yang ditawarkan itu merangkumi dua pasangan pengantin di mana dua pakaian pengantin lelaki dan perempuan, dua jurusolek bagi dua pengantin perempuan, dua set meja makan pengantin dan dua set pelamin yang setiap satunya RM400 berserta dengan satu set pintu gerbang. 

Meskipun serba sedikit penjelasan telah diberikan, netizen masih tidak berpuas hati dengan komen salah seorang wakil QSF Boutique yang didakwa telah menghina kekurangan lokasi pilihan pengantin. Bagaimanapun QSF Boutique menafikan dakwaan itu. 

Dalam kenyataan yang sama, QSF Boutique menyatakan perniagaannya sehingga kini masih tidak terjejas dengan dakwaan yang viral di media sosial itu.

Netizen diminta untuk bersabar dan menunggu perkembangan lanjutnya, malam ini. - The Reporter

Artikel berkaitan:


from Srikandi http://ift.tt/2gfiNXk
via IFTTT