Selepas tiga tahun dicemuh dan dihina ekoran sebuah gambar potrait yang menunjukkan pasangan ‘suami isteri’ yang tampan dan cantik bersama tiga orang anaknya yang dikatakan berwajah ‘buruk’ tersebar di media sosial, akhirnya wanita tersebut tampil mempertahankan dirinya, baru-baru ini.
Model kelahiran Taiwan, Heidi Yeh, menerusi satu sidang akhbar di Teipei pada Rabu melahirkan perasaan sedih berikutan penyebaran gambar tersebut yang menyebabkan kehidupannya bertukar mimpi ngeri, selain kurang mendapat tawaran kerja.
Memetik sebuah laporan portal antarabangsa, Yeh menyatakan beliau sebelum ini menandatangani kontrak bersama sebuah agensi model serta agensi iklan, J.Walter Thompson (JWT) untuk rakaman foto bagi sebuah klinik kosmetik dimana menurut kontrak, gambar potrait tersebut hanya akan digunakan dalam media cetak.
Bagaimanapun, gambar tersebut mula menjadi ‘viral’ apabila sebuah klinik kosmetik lain mula menggunakan gambar potrait tersebut untuk iklan kempen dalam talian.
Susulan itu kata Yeh, beliau yang sebelum ini berpotensi meraih pendapatan lebih kurang 4 Juta NTD (RM512, 390) dalam bidang peragaan terpaksa menanggung akibatnya apabila agensi bakat mula memulaunya.
Tambah menyedihkan, Yeh dituduh menipu untuk berkahwin dan didakwa melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik.
Terdahulu, sebuah akhbar Heilongjiang menyiarkan satu artikel yang kononnya seorang lelaki sanggup memfailkan saman dan menceraikan isterinya kerana melahirkan anak yang terlalu hodoh.
Kisah palsu itu nyata mandapat perhatian media antarabangsa yang rata-rata turut menyiarkan artikel berkenaan.
Sebagai membersihkan namanya, Yeh kini manyatakan bahawa beliau akan memfailkan saman dengan menamakan agensi iklan berkenaan, JWT dan sebuah klinik kosmetik dengan jumlah sebanyak 5 Juta NTD sebagai pampasan kerana menyebabkan perkara itu berlaku.
Bagaimanapun, Simple Beauty iaitu klinik kosmetik yang menggunakan gambar potraitnya untuk tujuan iklan kempen tampil mempertahankan syarikatnya dengan menyatakan bahawa penggunaan gambar tersebut adalah mengikut prosedur yang betul dan mendapat kebenaran daripada JWT.
Manakala JWT pula menyatakan bahawa pihaknya berhak sepenuhnya ke atas gambar berkenaan dengan pemahaman bahawa gambar itu boleh diubahsuai sepertimana merujuk pada satu klausa dalam kontrak yang ditandatangi oleh Yeh.
Dalam kenyataan itu juga, JWT melalui badan peguam lantikan mereka akan membatalkan saman itu atas sebab tuduhan yang dilemparkan oleh Yeh itu tidak benar dan boleh menjejaskan imej syarikat JWT.
Sumber : mD
Related Posts :
Anda MASIH Ingat Dengan Pelakon Cilik.. OLIVIA Dalam Sinitron BAWANG PUTIH BAWANG MERAH?? Jom TENGOK Gambar TERBARUNYA.. Memang TERLAJAK CUNNN.. Abang2 Jangan TAK TIDOR Malam Dah La Yekk.. [9 GAMBAR] Sumber >> MEDIA MASSA SILAM… Read More...
Anak Perempuan Lisa & Yusry Terpaksa Terima AKIBATnya Kerana Kesilapan Pasangan Itu Beberapa Bulan Lalu SELEPAS...Anak Perempuan Lisa & Yusry Terpaksa Terima AKIBAT Kerana Kesilapan Pasangan Itu Beberapa Bulan … Read More...
‘Berdarah Hidung’ Tengok Baju Kila Fairy, Izzara Di KLFW2016 BERTEMAKAN Ready T0 Wear, Pavili0n Kuala Lumpur menjadi tumpuan ramai fashi0nista termasuk pa… Read More...
Tahniah, 4 Selebriti Bakal Berkahwin Pada Bulan September Ini! Ramai juga selebriti yang bakal menamatkan zaman bujang mereka pada bulan September ini. Tahni… Read More...
Ssetelah Di Ceraikan Oleh Along Dan Diperli Bila Nak KahwinKini Zila Bangkit Cuba Fokus Mencari Duit Demi Anaknyaharap tabah duganya yeee jgn giveup ingat pada ALLAH Home / Sensasi / Ssetelah Di Ceraikan Oleh Along Dan Diperli Bila Nak Kahw… Read More...