LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Tampar Saja Pegawai Kerajaan Yang Minta Rasuah Presiden Filipina

2eVbgd5

JEPUN – Dalam satu perjumpaan khas bersama rakyat Filipina di negara matahari terbit itu, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyeru agar mereka tidak terlalu takut kepada polis, pegawai imigresen atau pegawai kastam di Filipina, lapor Cari.

Duterte berkata, jika rakyat Filipina di luar negara menaiki kapal terbang pulang ke tanah air dan dihampiri oleh pegawai kastam yang meminta rasuah, mereka diberi kebenaran untuk menampar pegawai terbabit.

Malah Duterte menegaskan bahawa kenyataannya itu bukan satu gurauan semata-mata. Ini kerana beliau sangat membenci pegawai kerajaan yang mengamalkan rasuah.

“Selagi saya masih menjadi presiden Filipina, rakyat berhak untuk mempertahankan hak mereka.

“Selain menampar pegawai kerajaan yang meminta rasuah, anda juga boleh menjerit bagi menarik perhatian pihak media yang berada di lapangan terbang dan buat laporan polis,” katanya.

Kenyataan Duterte itu disiarkan di stesen televisyen negara itu, mencetuskan pelbagai reaksi rakyatnya.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk membuat laporan polis sekiranya berlakunya aktiviti tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Duterte pernah berikrar mahu menghapuskan 100,000 penagih/pengedar dadah dan mengenakan larangan merokok di tempat awam yang menimbulkan pelbagai reaksi positif rakyatnya. Bagaimanapun tindakannya itu tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin negara barat yang menganggap Duterte mencabuli hak asasi manusia. – The Reporter

SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2ez8bCp
via IFTTT

Related Posts :