LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Suami Kaki Pukul Ditahan

2e4UhY9

MELAKA – Anggota SPRM yang didakwa telah membelasah dan memperlakukan isterinya seperti anjing, telah ditahan, malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, suspek berumur 37 tahun itu telah berjaya ditahan di Batu Berendam Melaka, kira-kira jam 8 malam tadi, lapor Harian Metro.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan tahanan reman esok,” katanya.

Terdahulu, isteri kepada suspek mendakwa sepanjang dua tahun perkahwinan mereka, dia telah ditumbuk, ditendang dan dipaksa melakukan hubungan seks meskipun masih berada dalam pantang. Malah lelaki itu pernah memaksanya melakukan perbuatan menjijikkan iaitu menjilat kemaluan anak lelakinya sendiri.

“Selepas seminggu berkahwin, dia mula berubah. Dia akan memaki hamun saya tanpa sebab dan sekiranya anginnya kurang baik. Saya dipukul, ditendang dan dipaksa melayan nafsunya meskipun masih dalam pantang sehingga kemaluan saya terkoyak,” katanya yang sudah cukup lama bersabar dengan lelaki itu.

Bagaimanapun, ekoran dari kejadian pada 18 September lalu di mana mangsa dicekik, kepala dihentak dengan komputer bimbit, lehernya dihunus dengan parang dan dipaksa menjilat kemaluan anak, mangsa nekad keluar dari rumah dan membuat laporan polis, selain memfailkan tuntutan cerai. – The Reporter

SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2dPdC0Q
via IFTTT

Related Posts :