BANDAR SERI JEMPOL : Sepasang suami isteri maut, manakala dua yang lain termasuk anak mereka berusia 13 tahun cedera dalam kemalangan di Jalan Besar FELDA Serting Hilir di sini, malam ini.
Dalam kejadian jam 9 malam, Nasrudin A Ghani, 53, dan Noridah Ahmad, 47, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata anak perempuan pasangan itu yang duduk di belakang cedera ringan, manakala pemandu sebuah lagi kereta cedera parah.
“Siasatan awal mendapati kereta dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dinaiki tiga beranak itu,” katanya di sini, malam ini.
Katanya, semua mangsa dihantar ke Hospital Jempol dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: ceritagempakkomuniti
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2egPO23
via IFTTT