LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Sayu Hari ke2 pencarian Shukri di Jambatan PPinang pihak scuba bertungkus lumus

syuk.jpg

Prai : Di mana kamu Syuk !! isteri, anak-anak mu, keluarga mu dan sahabat handai mu menanti mu ramai yang terkejut dengan apa yang kamu lakukan.

Jasad lelaki yang dipercayai terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah semalam masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan, di sini, pagi tadi.

Operasi yang dihentikan pada 7 malam semalam disambung semula 8 pagi tadi membabitkan beberapa agensi lain termasuk Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Syukri%2BSaad%2B5.jpg

shukri%2Bsaad%2B8.jpg

shukri%2Bsaad%2B9.jpg

shukri%2Bsaad%2B10.jpg

shukri%2Bsaad.jpg

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rosmaidi Baharuddin berkata, helikopter APMM dan dua penyelam bomba antara yang terbabit dalam operasi berkenaan.

Beliau berkata, kawasan pencarian dibahagikan di beberapa lokasi dan pihaknya membuat pencarian di bahagian dasar laut yang berlumpur di kawasan tempat lelaki berkenaan terjun.

“Sehingga jam 10 pagi ini, unit penyelam kami memberitahu bahawa tahap kejelasan air berada di tahap rendah dan arus air tidak beberapa laju seperti semalam.

“Pada selaman pertama, kami masih belum dapat mengesannya dan selain itu helikopter milik APMM juga membuat pemantauan di udara,” katanya.

Team scuba bomba Penang buat selaman dua kali tetapi masih gagal menjumpai. Operasi disambung esok pagi. Doakanlah agar dipermudahkan.

Sumber: ceritagempakkomuniti

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2fb8HZk
via IFTTT

Related Posts :