Bila kali terakhir anda dengar cerita mengenai Ramona Zamzam? Nampaknya setelah sekian lama tidak mendengar khabar, Instagram pelakon ini kini menjadi tempat perdebatan tahap ketinggian ilmu agama masing masing gara gara gambar Ramona menyentuh anjing.
BACA: Ramona Zamzam Akui Belum Sedia Timang Anak
Tidak dinafikan perkara yang dilakukan oleh pelakon wanita ini ternyata menyumbang kritikan. Gambar Ramona memegang anjing jenis Siberian Husky yang bersama tuannya yang juga seorang pengemis itu dirakam ketika dia dan juga suami bercuti di Italy, salah satu negara dalam siri jelajah Eropah pasangan ini.
Ada segelintir peminat mengkritik Ramona sebagai serorang yang inginkah perhatian kerana memuatnaik gambar tersebut manakala komen komen yang lain lebih banyak bergaduh sambil mengeluarkan hujah agama masing masing dan tidak lupa juga mereka untuk memperbodohkan Melayu yang lain.
Apa pun, sehingga kini Ramona Zamzam masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan. Pastinya Ramona sendiri mempunyai sebab tertentu di atas tindakannya itu. Kami kongsikan gambar percutian Ramona di sana, boleh tahan cantik juga pemandangan. (rtky/s)
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2fcxvAd
via IFTTT