LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

PANAS ISU TAMATKAN TAJAAN PASUKAN KELANTAN INI JAWAPAN PANAS DATUK SERI VIDA AMBIK KAU SEBIJIK

Datuk-Vida-Rancang-Beli-Kereta-RM14.5-Ju

PENAJA utama Kelantan syarikat Vida Beauty, Datuk Seri Vida mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung masa depannya dalam aspek penajaan bersama pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Pengasasnya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau dikenali Dr Vida berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu timbul sebarang spekulasi negatif selain mahu menjaga hubungan baik dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Isu tamatkan tajaan pasukan Kelantan, Datuk Seri Vida kunci mulut untuk jaga hubungan baik dengan KAFA

Saya rasa lebih elok buat masa ini tidak memberikan sebarang kenyataan (mengenai penamatan kontrak lebih awal) dan saya harap semua pihak bersabar dalam perkara ini.

Jika ada perkembangan baru mengenai isu ini, saya akan maklumkan kepada semua nanti, katanya ringkas kepada Sinar Harian, semalam.

Pada awal musim ini, Dr Vida mencipta kejutan apabila mengikat kontrak penajaan bersama pasukan negeri kelahirannya, Kelantan dengan nilai tajaan keseluruhan RM16 juta untuk tempoh dua tahun.

Namun begitu, susulan prestasi buruk The Red Warriors (TRW) setelah gagal merangkul sebarang kejuaraan dalam saingan musim ini menyebabkan jutawan kosmetik itu tawar hati untuk meneruskan tajaan, pada tahun depan.

Terdahulu, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dipetik menerusi laman sosialnya malam kelmarin, mengumumkan, Vida Beauty memaklumkan hasrat untuk menarik diri walaupun tempoh penajaan sepatutnya berakhir hujung tahun depan.

Saya memahami hasrat mereka dan akan bawa isu ini ke Majlis Kafa. Kita akan mencari jalan keluar terbaik dengan mengambil kira semua faktor serta menjaga hubungan baik jangka panjang dengan semua pihak.

Walaupun ini akan menambah kesulitan (terhadap) Kafa, namun seperti biasa, setiap musim pengurusan sentiasa diuji dengan pelbagai kepayahan yang biasanya tidak difahami pihak luar.

Dengan izin ALLAH SWT, kita sentiasa dapat mengatasi cabaran itu berkat keikhlasan dan kejujuran bekerja secara sukarela menjaga bola sepak Kelantan, katanya.

Menurutnya, beliau tidak akan berputus asa bahkan akan terus menggalas tugas memimpin bola sepak negeri itu sementara menunggu mana-mana pihak lain tampil mengambil tanggungjawab tersebut.

(Tanggungjawab) bakal kita pikul sehingga ada pihak bersedia mengambil alih. Insya-ALLAH, musim 2017 TRW sekali lagi bakal berwajah baru, katanya.

Sumber: Sinar

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com

Sumber: ohwhuuut

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2f05u9X
via IFTTT

Related Posts :