LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Mayat Mohd Shukri Ditemui

2eSRuQY
Mayat Mohd Shukri ditemui nelayan pada tiang jambatan P88 | Foto – Netizen

NIBONG TEBAL – Mayat Mohd Shukri Saad, 38, yang dilaporkan terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Rabu lalu, telah ditemui pada jam 9 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, mayat Mohd Shukri ditemui oleh nelayan pada tiang P88 jambatan berkenaan, empat kilometer dari lokasi kejadian.

“Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang.

“Mayat akan dihantar kepada pihak hospital untuk bedah siasatan dan pengecaman,” katanya.

2eSStRd
Beg sandang milik Mohd Shukri berisi batu konkrit | Foto – Netizen

Berdasarkan gambar perkongsian dari netizen di media sosial, beg sandang yang dipakai oleh Mohd Shukri diisi dengan batu konkrit.

Rabu lalu, Mohd Shukri dilaporkan telah terjun dari jambatan berkenaan dan sempat meninggalkan ‘surat terakhir’ bagi isteri dan ahli keluarga di laman Facebook. – The Reporter

Artikel berkaitan:

  • ‘Saya Tak Sanggup Dipenjarakan, Maafkan Abang, Azianti…’ – Surat Terakhir Suami Sebelum Terjun Bunuh Diri

SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2egTX61
via IFTTT

Related Posts :