NIBONG TEBAL – Mayat Mohd Shukri Saad, 38, yang dilaporkan terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Rabu lalu, telah ditemui pada jam 9 pagi tadi, laporHarian Metro.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, mayat Mohd Shukri ditemui oleh nelayan pada tiang P88 jambatan berkenaan, empat kilometer dari lokasi kejadian.
“Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang.
“Mayat akan dihantar kepada pihak hospital untuk bedah siasatan dan pengecaman,” katanya.
Berdasarkan gambar perkongsian dari netizen di media sosial, beg sandang yang dipakai oleh Mohd Shukri diisi dengan batu konkrit.
Rabu lalu, Mohd Shukri dilaporkan telah terjun dari jambatan berkenaan dan sempat meninggalkan ‘surat terakhir’ bagi isteri dan ahli keluarga di laman Facebook.
Sumber: beritagempakbeb
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2dRzHXP
via IFTTT