LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Makkah Hampir Diserang Peluru Berpandu Tapi Lihat Apa Yang Berlaku

2e9NlZT



RIYADH ARAB SAUDI. Pakatan tentera diketuai Arab Saudi mendakwa pemberontak Houthi Yemen telah melancarkan serangan peluru berpandu ke negara itu apabila sebuah misilnya berjaya dipintas berhampiran Kota Suci Makkah, lapor AFP.

Tambah tentera pakatan lagi, pemberontak melancarkan sebuah peluru berpandu ke arah kawasan Makkah kelmarin dari wilayah Saada yang merupakan kubu kuat Houthi terletak hanya di seberang sempadan Arab Saudi.

Kota suci Makkah terletak 500km dari sempadan Arab Saudi-Yemen.

Ini merupakan serangan kali kedua yang dilakukan oleh pemberontak membuat serangan peluru berpandu di mana kali pertama adalah pada 9 Oktober lepas apabila gabungan tentera Arab berjaya memintas sebuah peluru berpandu di Taif, tapak pangkalan udara Saudi terletak kira-kira 70km dari Makkah.

Tentera Arab telah melancarkan serangan balas terhadap pemberontak dengan melancarkan serangan udara menyasarkan kawasan peluru berpandu tersebut dilancarkan.


Sumber: Sinar Harian

SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2fiEzet
via IFTTT