Sejak kemunculannya di Play Store, hampir 1,000 pengguna telah memuat turut permainan Cangkul Warrior menerusi telefon pintar dan tablet masing-masing.
Aplikasi permainan ini dipercayai diinspirasikan oleh tindak-tanduk individu yang menyerang seorang kakitangan SAJ Holding Sdn. Bhd. (SAJ) baru-baru ini, iaitu dengan menggunakan cangkul.
Aplikasi Cangkul Warrior kini boleh didownload di Play Store
Cangkul Warrior membawakan cara permainan seakan menyerupai aplikasi GTA di mana pengguna perlu tap pada skrin untuk mangawal watak Hero menempuh halangan, serta mencatatkan markah yang paling tinggi melaluinya.
Pengguna juga akan mendapat markah bonus sekiranya berjaya menjumpai meter pili air dan segala objek di dalam permainan ini adalah selamat untuk dimusnahkan.
Melalui pemerhatian kami, permainan yang direka dengan ciri dua dimensi (2D) ini mempunyai kualiti grafik yang agak baik.
Memaparkan latar belakang seakan-akan di sebuah kawasan perkampungan, ia turut hadir dengan sokongan paparan iklan dan rata-rata pengguna yang mencuba aplikasi tersebut memberikan reaksi dan maklum balas positif.
Sejak disenaraikan dalam Play Store pada Ahad, ia telah mendapat 4.9 daripada 5 bintang berdasarkan ulasan pengguna.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com
Sumber: ohwhuuut
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2eTgKbI
via IFTTT