LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Denda RM20000 dan Penjara 10 Tahun Menanti

2fcwYOA

PETALING JAYA – “Tidak pernah mendera anak. Ini kali pertama dia dirantai,” kata wanita berusia 30 tahun itu selepas ditahan polis berikutan tindakan merantai anak perempuannya pada tiang lampu, lapor Harian Metro.

Pada hari kejadian, polis menerima laporan dari orang awam berhubung kejadian itu. Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa dikerumuni orang ramai dalam keadaan kaki dirantai.

Dalam 10 minit kemudian, ibu kanak-kanak itu muncul dan mengaku merantai anaknya kerana selalu enggan pergi ke sekolah. Tindakannya itu didakwa sebagai denda atas sikap anaknya.

Anggota polis kemudian meminta kunci rantai besi dari wanita itu dan membunka rantai pada kaki anaknya sebelum kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk disoal siasat.

Polis mengambil keterangan dari wanita itu dan dibebaskan pada malam hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian dan mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal.

Jika didapati bersalah sengaja menyeksa anak perempuannya, wanita terbabit boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM20,000 dan penjara sehingga 10 tahun.

SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2eVV7VR
via IFTTT

Related Posts :