LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

FITRI ZAINAL AF2 SAH BERGELAR SUAMI NURUL NADIA

Fitri Zainal AF2 Sah Bergelar Suami Nurul Nadia

FITRI ZAINAL AF2 SAH BERGELAR SUAMI NURUL NADIA

Published on Sep 16, 2016 in Terkini
MESKIPUN namanya tidak segah bekas bintang-bintang Akademi Fantasia (AF) lain yang menghiasi industri hiburan tanah air, namun Fitri Zainal mencipta kejayaan tersendiri menerusi bidang fesyen.
Terbaharu, bekas peserta AF musim kedua ini dilaporkan telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya pagi tadi.
Fitri Zainal AF2 Sah Bergelar Suami Nurul NadiaMenurut laman BH Online, Fitri, 37 berkahwin dengan Nurul Nadia Azman, 30 dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di kediaman pihak perempuan.
Manakala majlis kedua-dua belah pihak pula akan berlangsung di Kuantan, Pahang esok.
Difahamkan pasangan ini telah berkenalan hampir empat tahun dan mengikat tali pertunangan pada Ogos 2014.
Fitri yang aktif dalam bidang fesyen bertuah kerana bertemupasangan hidup yang turut mempunyai minat yang sama.
Fitri Zainal AF2 Sah Bergelar Suami Nurul Nadia
Selain memiliki minat yang sama, mereka juga turut menuntut di universiti yang sama iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Kami berkongsi minat yang sama iaitu dunia fesyen. Ia juga menjadi pencetus kepada hubungan rapat yang terjalin antara kami, katanya.
Pasangan ini memilih Eropah sebagai tempat bulan madu dan akan berangkat ke sana seminggu selepas nikah. -MYNEWSHUB.CC