GUIZHOU MASYARAKAT DI SELATAN CHINA YANG DAHAGAKAN ILMU PENGETAHUAN MENGAMBIL INISIATIF SENDIRI DENGAN MEMBUKA SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI DALAM GUA UNTUK MENDIDIK GENERASI MUDA.
Sekolah unik yang terletak di Zhondong itu malah dipercayai telah lama beroperasi sejak 1984 dengan lapan orang guru dan 186 orang pelajar.
Difahamkan mereka tidak mempunyai pilihan lain memandangkan kawasan kediaman mereka berada di ketinggian 1800 meter dan memerlukan pendakian selama kira-kira satu jam untuk ke sana.
Kebanyakan kemudahan yang terdapat di sekolah ituadalah hasil kerja tangan penduduk setempat seperti bilik darjah kayu dan gelanggang bola keranjang.
Seorang bekas guru besar di sekolah tersebut turut menyifatkan kawasan persekitaran di sana sebagai sempurna bagi pembelajaran dalam bidang geologi.
Walau bagaimanapun, pada 2011 sekolah tersebut terpaksa ditutup selepas mendapat tentangan daripada pihak kerajaan.
China bukannya terdiri daripada masyarakat gua, katanya.
Akibatnya, para pelajar di sana perlu menempuh perjalanan selama dua jam pada setiap hari untuk ke sekolah berhampiran.
Meskipun hubungan dengan negara luar terbatas, penduduknya bertegas untuk mempertahankan penempatan mereka.
Pun begitu, mereka tetap berusaha meminta pihak kerajaan membina jalan penghubung untuk kemudahan mereka dan dunia luar. -MYNEWSHUB.CC
Sumber : http://figuramalaya.net/