Cerita Dari seorang kawan Yang mempunyai Anak saudara Yang nakal. Kalau dikampung sebut saya nama Anak saudara dia pasti orang kampung Akan kenal. Nakal dia adalah nakal budak Yang sedang membesar. dia Budak Sekolah rendah tapi kadang-kadang lewat baik ke rumah, kalau Tak dikawal Akan keluar Dari rumah dan pergi entah ke mana. Motor ayahnya Yang siap dikunci boleh dihidupkan dan keluar lah dia DENGAN kawan-kawan dia. IBU dan bapa mana Yang Tak risau, anak keluar entah ke mana, berkawan entah DENGAN siapa, mungkin dah pandai merokok atau dah pandai ambik benda lain. Anak saudara dia BUKAN Tak pintar, Alhamdulillah di Sekolah Anak saudara dia BUKAN lah PELAJAR Yang tercorot di dalam kelas. Kata kawan aku walaupun anak saudara dia nakal tapi Ada Beberapa Perkara Yang dia bangga DENGAN anak saudara dia. Kejadian pertama sewaktu Di pasar Malam sedang orang lain SIBUK membeli tiba-tiba dia nampak anak saudara nya keluarkan duit dari wallet dan Disangka hendak membeli Sesuatu tapi jangkaan dia meleset apabila dia nampak anak saudara dia berjalan ke arah orang buta Yang sedang bermain alat music dan duit Yang berada DITANGAN dihulur ke orang buta tersebut. Disaat itu kawan aku Bergitu berbangga DENGAN anak saudaranya Yang sentiasa dianggap nakal dan TERUS memberi pujian. dari kejadian itu, kawan aku TERUS mendekati anak saudaranya untuk cuba memahami anak saudaranya kerana dalam kenakalan terdapat sekelumit kebaikan. Sekiranya kebaikan tersebut TERUS digilap maka hilang lah kenakalan dia. Sekiranya anak-anak nakal, usahlah dimarah seperti mereka melakukan kesalahn Yang amat besar tetapi cuba fahami mereka, mungkin mereka Perlukan perhatian.