LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Kakak, suami dera adik ditahan


Johor Bahru: Seorang wanita dan suaminya yang diburu polis kerana dipercayai mendera adik lelakinya di Kong Kong, Masai, dekat sini, ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam dekat sini, ketika mereka datang menyerah diri pada 2.40 petang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, polis melancarkan usaha memburu kakak dan abang ipar remaja lelaki berusia 14 tahun itu mulai semalam.
Menurutnya, perintah tahanan reman mereka akan dilakukan secepat mungkin bagi membantu siasatan dan mangsa kini dilaporkan sudah beransur pulih.
Remaja itu melarikan diri dari rumah setelah tidak tahan didera pasangan berkenaan dan ditemui tidak bermaya oleh penduduk di sebuah surau di Kampung Desa Mewah, Sungai Penderam, Seri Alam, dengan kesan melecur pada badan.

Related Posts :