LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Terkena Strok di Negara Orang : 'Jadikan Kisah Ayah Saya Sebagai Pengajaran' - Fadhli Sahar



Kuala Lumpur, 31 Julai - Baru-baru ini, kisah seorang rakyat Malaysia, Mohamad Sahar, yang terkena strok di London mendapat perhatian yang meluas di Malaysia.

Apa yang memeritkan, kos perubatan Mohamad Sahar mencecah RM245,000 dalam masa lebih kurang sebulan beliau dirawat di hospital di sana.

Sehubungan viralnya kisah itu, anak kepada Mohamad Sahar, Fadhli Sahar, meminta agar rakyat Malaysia mengambil iktibar dari apa yang terjadi kepada keluarganya.

Fadhli yang menghubungi Siakapkeli berkata, dia mengakui kesilapan pertama mereka adalah tidak mengambil insuran perjalanan.

"Saya perasan ada sesetengah orang marah kerana (kami) tak ambil insuran

"Dan betul itu adalah kesilapan pertama kami. Kami menyesal dengan perkara itu. Benda ni dahpun jadi dan kami sekeluarga perlu berfikir pelan seterusnya untuk bawa ayah kami pulang.", kata Fadhli ketika beliau menghubungi Siakapkeli pada Sabtu.

Selain itu, Fadhli juga berkata dia berharap agar rakyat Malaysia dapat belajar betapa pentingnya insuran perjalanan.

"Saya berharap dari kejadian ini, rakyat Malaysia dapat belajar bahawa insuran perjalanan adalah sangat penting semasa ke luar negara", kata Fadhli lagi.

Dalam perkembangan terbaru, BH Online melaporkan Mohamad Sahar dijangka akan dibawa pulang pada 8 Ogos ini yang akan dibantu oleh MARA dan Kerajaan Negeri Sembilan. - Siakapkeli.my

Sumber : mStar, BH Online