LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Rezeki Sempit Sebab Tak Hargai Isteri


Best bila dapat berdating berdua, masa anak-anak pergi sekolah. Baby kena bawa juga. Kadang-kadang menikmati hari-hari bersama bidadari tercinta, berjalan-jalan walau pun dekat-dekat rumah saja. Tengok muka isteri pun rasa nak menangis, pegang tangan pun nikmat.

"Terima kasih Allah, terima kasih bidadari tercinta kerana sudi berdua-duaan," 

On the way balik, ada seorang lelaki berjumpa dengan saya. Dia sedih sebab usianya sudah dekat 40 tahun tetapi rezekinya terlalu sempit dan bekerja sendiri. 

"Orang kata, kalau dah 40 tahun masih belum berjaya, susah nak berjaya, betu ke ustaz? Saya dah cuba macam-macam dalam hidup ini tetapi semuanya gagal. Keluarga pun jadi kelam kabut," katanya. 

"Abang masih ada mak dan ayah lagi tak?" soal saya.

"Dah tak ada ustaz. Saya anak yatim piatu dari kecil," jawabnya.

"Mak dan ayah tak tunggu duit kita, mereka tunggu doa daripada kita. Abang masih ada isteri?" soal saya lagi.

"Ada ustaz," jawabnya. 

"Cuba pegang tangan isteri, lihatlah wajah isteri yang setia bersama kita. Setiap kali pegang tangan isteri, katakanlah;

"Terima kasih sayang sebab masih bersama abang walaupun abang dalam keadaan susah,"

"Bagi saya, isteri ialah harta yang paling berharga dalam hidup ini. Kata Saidina Ali ra, nikmat atau kejayaan dalam dunia ini adalah memiliki isteri yang solehah. Nabi Ayub as ketika diuji dalam hidup dia bertuah kerana dia memiliki isteri yang baik dan solehah. 

"Isteri abang masih bersama dengan abang ke?" soal saya. 

"Alhamdulillah ustaz. Tetapi selalu juga bergaduh. Kami sudah tidak mesra seperti dulu, masa mula-mula kahwin. Semuanya dah rasa lain," katanya. 

"Bersyukurlah abang, bersyukur kerana memiliki isteri. Tak mengapa kalau tak mempunyai banyak harta. Kerana ramai orang yang tiada harta yang banyak tetapi hati mereka bahagia. Mereka kaya dengan cinta dan kasih sayang. 

"Sebenarnya yang paling kurang dalam kehidupan ini ialah cinta dan kasih sayang serta kurang menghargai. Ramai orang kaya pun tak bahagia kerana tak menghargai isteri, tak menghargai mak dan ayah. Mereka memiliki semuanya seisi dunia tetapi tidak memiliki walau secebis bahagia di dalam hati.

"Keduanya, bila waktu malam perlahan-lahan, senyap-senyao menangis seorang diri di depan Allah. Masa susah, peluang kita rapat dengan Allah. Sebelum Subuh, kejutkan isteri dengan rasa sayang. Cakap;

"Terima kasih Allah sebab beri aku wanita yang sanggup bersama diriku dalam keadaan yang susah ini. Terima kasih Allah."

"Pagi-pagi jangan tidur dan buatlah apa-apa kerja dan berusaha kuat. Saidina Abu Bakr ra hari pertama menjadi Khalifah, tetapi masih berusaha mencari rezeki. Buatlah apa-apa pun yang penting usaha yang baik walaupun hasilnya sikit. Solat 2 rakaat dhuha paling kurang, solat minta pada Allah. 

"Jaga solat berjemaah di masjid kerana Allah jamin rezeki orang yang jaga solat. Allah janji jaga rezeki orang yang jaga solat berjemaah. Saya yakin jika abang buat semua ini, pasti Allah akan mudahkan hidup abang. Allah beri kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar." - Ebit Lew | PIXEL MEDIA