Alangkah gembiranya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor Bahru, apabila mereka terjumpa kelibat orang yang paling disayangi di negeri berkenaan iaitu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Mereka yang bersiar-siar di tepi pantai tidak menyangka akan berjumpa dengan Baginda Sultan di mana pelajar-pelajar berkenaan mengikuti aktiviti kem motivasi di Kem Pusat Kemecerlangan Pembangunan Islam Yayasan Pelajaran Johor di Sekakap, Mersing yang tidak jauh dari Istana Sri Mersing milik Sultan Ibrahim.
Mereka yang melihat Baginda yang memandu Land Rover berwarna oren dilihat melambai-lambai tangan dan mendekati baginda.
"Makan sedap tak semua," tanya Tuanku Sultan kepada mereka.
"Belum makan lagi, lapar," jawab pelajar-pelajar berkenaan.
"Makan sedap tak semua," tanya Tuanku Sultan kepada mereka.
"Belum makan lagi, lapar," jawab pelajar-pelajar berkenaan.
"Ala kesiannya, nak saya belanja makan, nanti saya hantar KFC," bagitahu baginda membuatkan pelajar-pelajar berkenaan melonjak gembira.
Kelihatan ada pelajar yang mencium tangan Baginda sebagai tanda terima kasih dan hormat kepada pemimpin nombor 1 Johor berkenaan.
Ternyata sifat baginda yang begitu merendah diri sebagai seorang pemimpin mendapat pujian ramai rakyat termasuk bukan dari kalangan rakyat negeri Johor. - Siakapkeli.my