Artikel ini adalah hasil perkongsian IIUMC.com
Perempuan wajib baca, kalau tak baca takut nanti dah kawin banyak pulak cerai sebab kes remeh macamni. Lelaki jenis yang aku mention dalam confession ni perempuan tolong elakkan demi masa depan korang. Tolong cari lelaki yang bertanggungjawap.
Sapa yang pasangan dia atau dia sendiri kaki DOTA, kaki rokok, kaki modify kereta motor, kaki pancing, kaki rokok, playboy dan kaki kaki lain sila baca dan hadam. Tajuk aku letak DOTA dan rokok sebab lebih menarik perhatian.
1. Kat IIUM ni banyak naik confession pasal DOTA baru baru ni, jadi aku nak komen sikit dekat perempuan termasuk lelaki sekali yang ada wabak dota dalam hidup korang. Korang rasa main dota itu sampai ketagihan itu sweet? Ayat paling common dengar “baik main dota, kalau main perempuan?”. Perempuan, korang tahu tak ada lelaki yang tak ketagih main DOTA plus tak main perempuan. Ramai saja lelaki yang jenis lekat kat rumah tapi sentiasa boleh disuruh bila bantuan diperlukan.
2. Kalau lelaki tu kaki DOTA sampai ketagih, sense tanggungjawap pun tak ada sila angkat kaki, aku banyak kenal kawan kawan gila DOTA sampai akal tak berapa nak betul, bahasa makian sentiasa lekat dekat mulut dah macam zikir versi dia. Melainkan kalau korang rasa menjerit maki maki itu seksi, mana nak tau korang ni lain sikit taste dari perempuan lain.
3. Pernah kau tengok kaki DOTA bila kau tertutup suis masa dia tengah main? Kawan aku nak vacum rumah tertutup suis kaki dota ni, mengamuk bukan main lagi padahal rumah tolong cuci pun tak. Biasanya kaki dota ni bila dah lekat kat game ni memang pemalas gila jadi kalau kau harapkan dia nak tolong kau kemas rumah memang jadi mimpi saja la.
4. Main DOTA boleh buat duit? Berapa kerat yang pernah masuk pertandingan dan menang? Berat kerat dari berjuta DOTA player yang jadi jutawan? Percentage? 1%? I don’t think so, tak sampai 1% pun, mungkin 0.0000001% sahaja. Yang kaya? Syarikat yang managing DOTA, investor, dengan erti kata mudah, business. Kawan DOTA ni bila ada peluang nak dapat duit semua pemalas, bukan susah, pasang khemah katering pagi sebelum subuh dalam 2 jam, malam lepas magrib buka balik 2 jam, 4 jam kerja dapatla RM150, taknak. Tapi sentiasa pokai, nak makan pun kena pau kawan rumah. Ada yang nak kawin tapi simpanan habuk apa pun tak ada. Mengadap DOTA konon lepas kawin tak dapat main. Kalau macamtu gaya silap haribulan kawin pun tak.
5. Kaki motor, kaki kereta pulak memang banyak specis yang suka modify kereta duit habis beribu ribu sampai ada yang ambil personal loan nak topup duit modify kereta, so korang sendiri nilai la macamna cara dia uruskan kewangan, entah nanti kawin pampers dengan susu anak pun tak beli sebab nak tukar sportrim.
6. Kaki pancing, kaki futsal yang banyak habis masa dekat luar ni kalau korang okey dengan lelaki macamni takda masalah, tapi aku tau ramai perempuan tak suka lelaki dia banyak habis masa dekat luar sampai semua tanggungjawap tinggal dekat dia sorang manage rumah tangga. Korang masa bercinta memang cakap okey saja tapi dah kawin kau mula la rasa menyesal sebab lelaki habis banyak masa dekat luar.
7. Playboy dan lalat. Lelaki jenis macamni biasanya tak hensem pun tapi bajet hensem dengan buat awek ramai, duit dia banyak habis nak tarik perhatian perempuan, yang low esteem sikit jenis yang dok follow perempuan lawa dekat facebook lepas tu komen dengan harapan perempuan lawa tu akan tertarik dengan dia, asal perempuan tu upload status, selfie dia la kaki like, kaki post sticker love bagai. Jenis macamni tak berapa bahaya sebab perempuan tu takkan layan dia pun, tapi kalau sekali perempuan tu layan kau pun kena tinggal. Perempuan tak salah korang nak jadi jeles sikit nak jaga lelaki korang.
8. Perokok tegar ni paling korang kena elakkan, orang macamni biasanya hygiene tak jaga. Jaga kesihatan korang, pasive smoker bukan kesan semasa dia hisap rokok saja tapi lepas dia hisap bau tu masih lekat pun korang dapat kesan dia. Kesian la dekat bakal anak anak korang, tolanglah bagi anak anak korang ayah yang bijak sikit, tak banyak pun sikit pun takpa. Kesian anak korang kena asap rokok bapak dia yang tak berapa cerdik, macamna sel sel otak nak bersambung?
9. Nampak alim semata mata. Ini penunggang agama. Hati hati, title ustaz berjubah sekalipun bukan jaminan kebagiaan anda. Mindset lelaki tu yang penting. Kalau dia jenis mindset bertangggungjawap dia akan buat juga walau bukan berjubah dan ustaz, jangan nilai orang dari title dan pakaian, tapi dari mindset dia dan cara dia berfikir.
10. Anak mak. Jadi taat dengan mak tak salah. Tapi sejauh mana dia boleh buat keputusan sendiri? Kalau semua benda kena tanya mak dulu memang merana korang dengan mertua, lelaki yang kepimpinan bagus adalah lelaki yang adil dan tahu buat keputusan yang bijak. Dah banyak cerita dah specis anak mak ni jenis yang tak boleh buat keputusan sendiri. Orang macamni tak boleh dibuat suami, dia boleh duduk bawah ketiak mak dia saja.
11. Nak berhenti bila nikah? Tak kisah la DOTA ke rokok ke pancing ke, korang percaya ke? Orang yang berjaya adalah orang yang take action NOW bukan nanti. Usaha sentiasa ada, perempuan kena tahu lelaki mana yang serius atau jenis pandai bercakap semata mata, penilaian anda kena tajam. Takkan terdesak takut kawin lewat sanggup kawin dengan pasangan specis ni lepastu menderita seumur hidup? Kawin lambat 3 tahun lebih baik dari menyesal 30 tahun, itupun kalau jodoh panjang la kalau korang kawin 50 hari saja? Jangn perjudikan hidup anda kepada pilihan yang dah nampak risiko tinggi.
12. Pilih lelaki yang ada cita cita. Support lelaki dari tak ada apa apa itu bagus tapi tengok sama lelaki tu jenis ada cita cita dan usaha atau tak? Tak salah korang nak tanya perancangan kewangan dengan berapa simpanan, yang salah bila korang cuba nak bolot simpanan dia. Tengok usaha dia jangan dok harap suppport semata mata takda usaha. Yang perempuan pun jangan la claim kau support lelaki tu tapi dalam masa sama kau layan lelaki lain juga, ada juga specis perempuan macamtu, tunggu dekat ramai ramai lelaki tengok mana berjaya kau pilih yang tu, lepastu claim kau ada dengan dia dari susah, kalau lelaki tu lari kalau cakap dia dah berjaya lupa kau padahal kau yang perangai playgirl.
13. Perempuan korang bukan takda pilihan, ramai lelaki yang elok kat luar sana, cuma mungkin dia jenis pemalu, busy atau lain lain, korang pun jangan takut nak approch lelaki yang yang korang nampak mindset dia elok, bertanggungjawap. Habis kuat pun kena reject saja bukan hal besar. Lelaki banyak kali kena reject tambah yang tak hensem dengan tak berduit. Korang pun jangan tunggu lelaki saja approch lepas tu cakap takda pilihan, korang ada pilihan. Usahakan. Perigi cari timba bukan hal besar, untung untung korang malu sekejap tapi next 30 years korang nikah dengan lelaki yang awesome dan bertanggungjawap. So kenapa nak malu mulakan langkah pertama.
14. Lelaki dia tertarik dekat perempuan faktor besarnya kecantikan, ini tak tipu, tapi kalau korang tak cantik nak buat apa? Bagi la cantik, kalau berat lebih usahakan turun dengan kawal makanan, kalau selekeh usahakan sikit berhias, perempuan sekarang banyak yang buat transformasi dari mesin fotostat kepada superstar, tak mustahil langsung. Kalau korang lawa korang pun puas hati, tapi dah lawa jangan jadi specis perempuan yang kuat melayan lelaki jadi tahi yang banyak lalat hinggap. Kalau korang tak tahu nak jaga kulit, korang pergi klinik jumpa dermatologist, jangan jumpa owner atau penjual produk kecantikan diorang tak pakar. Usahakan ke klinik dermatologist pakar, tak payah ambil rawatan, pergi check skin dengan ambil service consultation saja, ada satu klinik ni, sangat popular, yuran check dengan consult RM50 saja. Dari situ korang tahu nak jaga kulit jenis korang macamna. Nak tanya pakar apa apa pun boleh. Kira murah la tu.
15. Sekali lagi aku tekankan, cari lelaki yang bertangungjawap. Kadang kadang kau tengok cara dia komen dekat fb pun dah boleh nampak mindset dia jenis macamna. Perempuan korang bukan takda pilihan tapi korang yang tak ambil tindakan, dah penat dengar kes cerai orang muda ni, tolonglah cari lelaki bertanggungjawap dan korang sendiri kena jadi perempuan yang hebat. Jangan kuat melayan lelaki alasan kawan saja, jangan habis masa banyak sangat tengok K-drama atau apa apa saja fantasi. Usahakan baiki diri dan beranikan diri nak buat perubahan. Kalau jumpa lelaki yang mindset hebat, usaha hebat, ada cita cita dan boleh manage kewangan dengan jayanya walaupun duit pendapatan sikit, terus push dia suruh kawin dengan korang walaupun hantaran dan belanja kawin murah, nanti terlepas kat orang lain pulak. Kalau dia hensem bonus, kalau tak hensem? cuba la bagi dia hensem.
16. Lelaki yang bertanggungjawap akan gunakan masa free dia untuk upgrade diri dia bukan untuk upgrade avatar game dia. Nanti akan ada komen pertahan lelaki jenis macamni tapi dalam realiti banyak masalah berkawin dengan lelaki jenis yang aku mention ni. Bakal imam korang, korang pilih la sendiri, apa saja nasihat kau dengar itu sebagai panduan termasuk la yang ni, bukan terus follow. Kalau korang rasa mampu bertahan dengan lelaki yang sikap dia macamtu silakan, tapi nanti jangan menulis dekat page Kisah R____ _______ pulak. Lelaki Melayu bangsa kita paling ramai perangai macamni, mindset rendah, jadi perempuan pilihlah lelaki yang anda rasa baik untuk diri anda bukan sebab nak kawin sebab semua kawan dah kawin dan korang takda pilihan. Ambil masa cari lelaki yang ada cita cita dan matlamat kewangan.
*Trivia. Lelaki dipengaruhi oleh kecantikkan perempuan (faktor utama), manakala perempuan dipengaruhi dengan status, mindset, kejayaan, kerjaya, personality dan penampilan lelaki. Sebab tu lelaki paling hensem bila berumur 30-35 sebab dah stabil dengan banyak benda manakala perempuan paling cantik dari 20-29 sebab masih muda. Info sekecil ini digunakan untuk membuat drama drama yang ramai perempuan dan lelaki terliur melihat karakter dalam drama tersebut.
**Salah satu ciri ciri orang mindset rendah, dia tak suka membaca terutama kalau tulisan panjang, bila bercakap suka nak menang walaupun dia tak ada ilmu dan tunjuk pandai walaupun kebanyakkan masa dia dihabiskan buat benda tak berfaedah bukannya mencari ilmu dan upgrade diri.
Sumber : http://www.himpunanceritalawak.com/