Dailymail mengatakan mangsa, Nishanthan Gnanathas berusia 32 tahun ditolak atas alasan bergurau sekumpulan 12 orang kawannya.
Selepas Nishanthan gagal timbul, dua orang rakannya bergegas terjun dan menyelam untuk menyelamatkan mangsa namun beliau gagal ditemui.
Anggota Pencari dan Penyelamat kemudian mengerahkan 30 anggota, bot polis dan sebuah helikopter untuk membantu operasi mencari.
Ketua Polis Maritim, Malaquais Dominguez menyifatkan kematian Nishanthan sebagai tragik.
"Saya pasti mereka yang terlibat dalam prank tersebut akan ingat saat mengerikan ini," kata Malaquais.
Keluarga Nishanthan pula tidak mahu mendakwa mereka yang terlibat dalam insiden tersebut kerana 'mereka tidak berniat jahat'. - Sinar Harian