Artikel ini adalah hasil perkongsian IIUMC.com
Straight to the point.. aku adalah seorang pelajar tahun 4 perubatan (tahun praktikal di hospital) yang duduk menyewa dekat luar kampus dengan 8 orang yang lain.. Jarak rumah aku ke kampus adalah lebih kurang 40km.. jadi kalau pergi balik tu dalam 80km jugakla.. sebab kami lagi banyak habiskan masa dekat hospital jadi nak tak nak kena cari rumah yang dekat hospital la.. walaupun jauh dari kampus..
Praktikal dekat hospital ni ikut group.. jadi kami yang duduk 8 orang nk terbahagi kepada dua group.. empat orang satu group.. jadi kami nak gerak pergi kelas memang bergerak 4 org ni la..
Daripada 8 orang ni, ada empat yang bawak kereta.. dua group aku dan dua group lain.. yang aku nak cerita ni pasal group aku.. dalam group aku yang selalu kami tumpang kereta adalah sorang ni nama dia Afi.. kereta die kereta manual jadi jimat la sikit minyak kalau naik kereta dia.. tapi, baru2 ni pulak dia jatuh sakit jadi nak taknak, groupmate aku yang lain terpaksa la naik kereta aku (sebelum ni mmg dorg yg berkeras xnak naik kereta aku sbb dorg ckp mnyak mahal)
Aku pun tak kisah la dorang nak naik kereta aku.. tapi dah naik tu pandai2 la bayar duit minyak kan. Aku memang malas nak mintak duit minyak kat orang sebab tiap kali aku mintak, mesti dorg akan buat muka tak puas hati.. Aku pulak yang rasa tak selesa.. So aku pun senyap la tiap kali dorg naik kereta aku.. Suatu hari ni, aku pergi isi minyak bawak dorg sekali.. dorg pun bagi la duit minyak rm10 sorang.. dapatla aku rm20.. yg tu mggu lepas.. mcm aku ckp, jarak antara rumah aku dengan kampus tu 80km pergi balik kan.. dalam seminggu plg kurang 2 kali kena pergi kampus.. sekali pergi balik ada la rm15 duit minyak.. jadi drpd mggu lepas smpai la hari ni ada la 5 kali aku pergi kampus.. 15×5 rm75.. jadi sebab duit aku memang tengah short jadi aku pun pergi la mintak duit minyak dekat kawan aku tu.. lepas tu boleh pulak dia cakap macam ni.. minggu lepas duit minyak yang ni pun kena duit minyak lagi sambil hulur duit rm10.. masa tu punya la aku sentap dia cakap macam tu.. aku terus hulur balik duit tu cakap nah lepas ni xyah la byr dah duit minyak..
Apa yang aku nak cakap kat sini.. Cuba korang bayangkan, aku ni macam tengah tanggung dorang tahu tak.. dorang rasa rm10 tu cukup untuk sebulan kot padahal rm10 tu cukup untuk ulang alik kuliah dua kali je.. dalam sebulan je aku habis rm200 untuk minyak sahaja.. tp yang aku dapat sebulan rm20…
Lepas tu, dah aku bagi tumpang kereta, kalau aku nak singgah mana2 otw balik, dorang marah2 aku.. cakap buang masa dorang la apa la.. sampai2 rumah turun kereta hempas pintu kuat2.. wah3.. macam kereta tu kau yang punya je.. Dasar manusia tak reti nak bersyukur..
Lepas tu ingat aku tak tahu la belakang aku kemain kau cakap aku berkira la.. Tapi kalau kau nak mintak tolong aku nak pergi mana2, amboi2.. macam tanam tebu di tepi bibir..
Korang kalau tahu tak ada kereta tu x payah la nak berkira duit minyak dengan tuan punya kereta.. cuba korang bayangkan kalau memang tak ada sape yang nak bagi korang tumpang kereta.. korang naik la teksi hari2.. mahu lebih 200 korang kena pau..
serius.. aku rasa macam taknak dah bagi orang naik kereta aku.. dorang naik ke tak naik ke bukan tolong aku bayar duit minyak.. aku fikir kesian kat dorang je.. tp dorang tak pernah fikir kesian kat aku.. aku sampai kena keluarkan duit simpanan sendiri tahu tak nak tampung duit minyak.. sebulan ayah aku bagi rm400 je.. tu la duit makan.. tu la duit sewa rumah.. tu la bil elektrik air.. tu jugaklah duit minyak.. stress bila pikir..
Sumber : http://www.himpunanceritalawak.com/