LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

BILLIONAIR BERLIAN CABAR ANAK 'SURVIVE' DI TEMPAT ASING SELAMA SEBULAN, HANYA BEKALKAN RM423 UNTUK KECEMASAN


Mungkin biasa kita lihat cerita-cerita anak orang kaya dipaksa untuk hidup miskin di kaca televisyen. Tapi di India, kisah itu benar-benar berlaku.
Seorang billionair dari Surat, Gujarat, India telah mencabar anaknya menghabiskan masa cutinya bekerja di Kochi kerana dia mahu anaknya itu belajar apa makna hidup sebenar.
Pemilik kedai berlian itu adalah pemilik syarikat Hare Krishna Diamond Exports yang bernilai Rs. 6,000 crores (RM 3.6 billion).
Anak tunggalnya, Dravya, 21, merupakan pelajar MBA di Amerika Syarikat dan kini berada di India kerana bercuti.
Billionair itu mencabar anaknya untuk menyahut cabaran itu selama sebulan dengan tiga syarat.
1 - Dravya tidak boleh menggunakan nama atau pengaruh ayahnya untuk menyelesaikan sesuatu perkara
2 - Dia tidak boleh bekerja di satu tempat lebih dari satu minggu
3 - Dia hanya dibekalkan dengan Rs. 7,000 (RM 423) yang hanya boleh digunakan untuk kecemasan, dan tidak sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan hariannya.
Dravya
"Saya mahu dia faham bagaimana orang miskin berhempas pulas untuk dapatkan kerja dan duit. Tak ada universiti yang boleh mengajar skil kehidupan ini melainkan pengalaman.", kata Savji Dholakia kepada Times of India menerusi telefon.
Dravya menerima cabaran itu dan dia dihantar ke satu kawasan yang dikenali sebagai Kochi; kawasan yang sangat asing bagi Dravya memandangkan penduduk di Kochi menggunakan bahasa Malayalam dan Dravya menggunakan bahasa Hindi untuk berkomunikasi.
Lebih teruk, Dravya cuma membawa tiga helai pakaian ke Kochi dan juga Rs 7,000 sebagai wang kecemasan.
"Selama lima hari saya tidak ada kerja atau tempat untuk tinggal. Saya sangat kecewa kerana saya ditolak untuk bekerja sebanyak 60 kali, memandangkan tidak ada seorang pun  yang kenal saya di sini.

"Saya faham perasaan apabila ditolak dan betapa bernilainya sesebuah pekerjaan", kata Dravya, yang menipu bos-bosnya di Kochi dengan berkata bahawa dia datang dari keluarga yang miskin di Gujarat.
Dravya mendapat kerja pertamanya di sebuah kilang roti di Cheranelloor. Kemudian dia bekerja di sebuah pusat panggilan telefon, sebuah kedai kasut dan juga McDonalds.
Hasil dari titik peluhnya selama sebulan, Dravya berjaya memperoleh Rs 4,000 (RM242).
"Sebelum ini saya tidak pernah risau tentang duit dan di sini saya terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan makanan Rs 40 (RM 2.50). Saya juga perlukan Rs 250 (RM15) sehari untuk membayar tempat tinggal", kata Dravya yang sudah kembali ke rumahnya pada Selasa.

Sumber : http://pensilone.blogspot.my/