Bapa Leka Main Game Tak Sedar Anak Yang Diberi Susu Meronta-Ronta Lemas Sebelum Mati Tercekik
Gara-gara terlalu asyik dengan permainan 'game' bola sepak di telefon bimbitnya, seorang bapa dari Singapura telah menyebabkan anak perempuannya mati kerana kelemasan, laporFMT.
Dalam siasaran yang dilakukan pada Selasa lalu mendapati bayi tiga bulan tersebut mungkin mati tercekik sewaktu diberikan susu oleh bapanya Mohamed Shiddiq Sazali, 27 yang ketika itu sedang leka bermain 'game'.
Shiddiq dikatakan tidak sedar anak perempuannya Reyhana Qailah Mohamad telah tercekik dan meronta-ronta menangis kerana terlalu menumpu pada permainan di telefonnya.
Kejadian dipercayai berlaku pada 12 Oktober tahun lalu kira-kira jam 10:10 pagi di sebuah flat di Telok Blangah Crescent, oleh ibunya, Nurraishah Mahzan, 31 , yang tiada di rumah.
Dia dipercayai telah bermain game sambil meriba anaknya itu di atas katil dengan tangan kanan memegang telefon dan tangan kiri memegang botol susu.
Menurut pegawai penyiasat Tony Won, Reyhana menolak botol susu menggunakan lidah namun bapanya dipercayai secara paksa terus menolak botol susu di dalam mulutnya.
Bayi malang tersebut dipercayai menangis dan memendang namun, Shiddiq terus bermain telefon tanpa memberi tumpuan kepada anak perempuannya.
Dua minit kemudian, Reyhana terus senyap.
Ketika kejadian tersebut, datuk mangsa yang baru pulang daripada pasar mendapati cucunya itu pucat dan tidak bergerak menyebabkan dia terus melakukan bantuan pernafasan CPR.
Ekoran itu, Reyhana kembali bernafas, memuntahkan susu malangnya, bantuan CPR seterusnya oleh ibu, pegawai polis dan paramedik tidak membawa apa-apa kesan.
Reyhana meninggal dunia kira-kira sejam selepas itu di hospital.
Hasil bedah siasat mendapati wujud kecederaan lama termasuk patah tulang rusuk kanan dan tengkorak namun polis tidak mengesyaki sebarang kejadian khianat.
Menurut seorang pakat patologi, kecederaan yang dikesan itu tidak menyebabkan