Di zaman sekarang sudah ramai anak muda bergelar Jutawan melalui bidang perniagaan. Dan sesungguhnya bukan mudah untuk mencapai ketahap itu melainkan dengan usaha yang tidak pernah kenal putus asa.
Menerusi laman web lifehack.org telah mendedahkan beberapa tips yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian untuk mencapai impian bergelar jutawan.
Walaubagaimanapun umat Islam, setiap impian haruslah disertakan usaha, doa dan tawakal.
1. Berhati-hatilah dengan perbelanjaan yang kecil
Kebanyakan daripada kita biasanya amat menitikberatkan untuk membuat pelaburan yang besar dan pembelian yang banyak. Namun kita cenderung untuk menghabiskan duit untuk perbelanjaan kecil. Tetapi perbelanjaan kecil itu sebenarnya dapat dikumpulkan dan menjadi jumlah yang besar.
2. Fokus kepada masa depan
Mudah untuk menghabiskan duit bagi mendapatkan sesuatu yang kita kehendaki. Ubah tabiat itu dan fokus kepada masa depan berbanding mendapat kepuasan sementara.
3. Tidak beli sesuatu yang tidak perlu, hanya untuk menunjuk-nunjuk
Walaupun kita gembira jika menerima pujian daripada rakan mengenai apa yang dimiliki namun kita harus mengawal dan meletakkan batas terhadap tabiat itu.
Beli apa yang diperlukan dan bukannya membeli untuk mendapat pujian.
4. Catat perbelanjaan dalam hitam putih
Bukan itu sahaja, antara panduan lain ialah biasakan untuk mencatatkan segala perbelanjaan keluar dan masuk kerana kebiasaannya orang kaya mengetahui di mana dan ke mana wang mereka belanjakan.
Gunakanlah aplikasi Microsoft Exel contohnya dan ia pasti akan memudahkan anda.
5. Bekerja keras
Tidak seperti tanggapan umum bahawa orang kaya hanya bersenang-senang dan menikmati kehidupan mereka kerana realitinya, mereka bekerja lebih keras daripada orang biasa.
6. Melabur simpanan dengan bijak
Oleh itu, cuba untuk meningkatkan pendapatan anda, dan apabila ia akan meningkat, buat simpanan yang lebih berbanding sebelum ini. Buatlah simpanan daripada pendapatan yang diperoleh
Kita biasanya mengabaikan jumlah yang kecil tetapi jumlah yang kecil itu sebenarnya boleh bertambah sehingga menjadi jumlah yang besar. Selain daripada itu, jika anda melabur wang dengan betul, anda akan kagum dengan hasilnya nanti.
7. Menggemari jualan murah, tawar menawar
Golongan kaya tidak pernah membayar apa-apa caj yang tidak perlu. Mereka kekal berhati-hati tentang yuran dan bayaran yang boleh dielakkan.
Sumber : http://www.himpunanceritalawak.com
Related Posts :
Rupanya Cara Kita Guna Sticky Note Ni Salah Selama Ini! Memang betul lah orang cakap, setiap hari mesti belajar satu benda baru. Baru-baru ni admin ter… Read More...
Nak Kahwin Dengan Orang Kelantan? Baca Info Ini Dulu Bukan aku post ni disebabkan aku orang kelantan, tapi sekadar berkongsi maklumat buat siapa-sia… Read More...
Cara Mudah Hilangkan Karang Gigi Yang Ramai Tak Tahu Karang gigi adalah mineral deposit berwarna kuning atau coklat yang melekat pada gigi, yang bol… Read More...
Gaji Bawah RM2,000, Begini Cara Simpan 30% Gaji Dengan Efisyen. Dapat RM27,800 Selepas 3 Tahun Saya selalu ingatkan kepada anda, kalau masih bujang, simpanan bulanan mestilah tidak kurang 30… Read More...
Lelaki Ini Dedah Muslihat Penjual Durian Yang Ramai Tidak Tahu Tajuk nak gempak je… korang tak baca memang rugi. Hahaha. Lama tak tulis status panjang2 macam … Read More...