Selalunya ibu je jadi perhatian, bapa juga merupakan individu paling berjasa dalam keluarga.
Bukan mudah untuk bergelar bapa dalam masa yang sama bergelar selebriti. Sibuk dengan keluarga dan juga kerjaya!
Kami senaraikan 10 selebriti Malaysia yang bukan sahaja kacak, malah merupakan daddy cool paling popular!
1. Awal Ashari
Seorang fashionista dan juga seorang bapa penyayang, bapa kepada Lara Alana ini memang layak diberi gelaran Daddy Cool. Setiap hari pasti ada je gambar bersama Lara di Instagram.
2. Tomok
Walaupun sibuk dengan dengan kerjaya, Tomok antara selebriti yang sangat rapat dengan anak-anaknya. Video Tomok menyanyi bersama anaknya Arrian mencuit hati nitizen. Comel sangat!
3. Alif Satar
Peneraju utama Dia Semanis Honey ini bukan hanya seorang pelakon yang romantik, tapi realitinya seorang bapa penyayang. Lihat sahaja gambar Alif bersama puteri kesayangannya Alisha. Memang anak daddy sangat!
4. Aaron Aziz
Memang umum mengetahui pelakon badan sasa ini merupakan bapa penyayang. Bukan senang nak melayan kerenah anak dan membahagikan masa bersama anak. Aaron juga rajin membawa keluarga pergi bercuti jika ada kelapangan.
5. Norman Hakim
Norman antara bapa paling cool di kalangan selebriti. Bukan je berbadan sado, tapi merupakan bapa yang sangat sayangkan anak-anaknya dan sentiasa kongsikan momen indah bersama.
6. Hairul Azreen
Walaupun baru bergelar bapa, Hairul nampak cool je menguruskan putera kesayangannya. Memang calon bapa mithali. Untung Yusof dapat ayah penyayang.
7. Zain Saidin
Lihat saja keakraban Zain bersama anak tirinya, cukup buatkan Zain digelar sebagai Daddy Cool. Bukan itu saja, Zain juga inginkan anak lagi kalau boleh. Memang sukakan budak-budak Zain ni.
8. Johan
Videonya yang suka menyakat puteri kesayangannya memang membuktikan Johan seorang Daddy Cool. Memang terhibur menonton video keluarga Jozlynnhanania.
9. Ajak Shiro
Bukan sahaja seorang pelawak di pentas, malah Ajak juga merupakan bapa penyayang kepada 3 cahaya matanya. Memang rajin Ajak melayan telatah anak-anaknya.
10. Nabil Ahmad
Walaupun sibuk mengacara, Nabil sentiasa meluangkan masa bersama keluarga terutama sekali kedua puterinya. Memang seronok sangat lihat gambar percutian Nabil sekeluarga.
Sumber : http://hanasuva.com/