Hanya mereka yang terlalu kaya, usahawan terkemuka, selebriti dan VIP sahaja mampu memiliki telefon bimbit paling mahal ini.
Memang mahal sangat kalau harga mencecah AS$17,000 (RM69,500) hanya untuk ‘sebijik’ telefon sahaja.
Menurut laporan CNN, telefon bimbit yang diberi nama Solarin ini dibina berasaskan perisian Android dan mampu memberikan perlindungan maksimum terhadap maklumat serta panggilan pemiliknya.
Selain itu, bahan gred tentera (military grade) digunakan untuk membina telefon keluaran Sirin Lab tersebut.
“Harga bukan agenda kami,” kata Presiden dan penolong pengasas Sirin Lab, Moshe Hogeg.
Katanya, Solarin mempunyai skrin paling terbaik di dunia, speaker paling kuat dan paling laju untuk 4G LTE.
Malah, kelajuan WiFinya adalah sepuluh kali ganda dari mana-mana rangkaian.
“Pelanggan yang kami sasarkan adalah usahawan antarabangsa yang sentiasa bergerak,” kata CEO Sirin Lab, Tal Cohen.
Telefon ini direka untuk melindungi maklumat peribadi kritikal dan untuk perlindungan privasi maksimum.
Sumber : http://hanasuva.com/