LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Risau Baju Raya Tak Muat? 8 Tip Diet Mudah Sahur!

Raya nak dekat dah. Ramai yang berharap masa bulan puasa ni la nak kuruskan badan. Tapi, lain jadinya. Berat badan makin naik pulak.
Jaga-jaga, takut nanti baju raya yang anda tempah tu tak muat nanti. Tak pasal-pasal pakai baju raya tahun lepas.
Haa..masih sempat lagi nak kuruskan badan. Kami kongsikan tips diet mudah sahur oleh Jurulatih Kecergasan Kevin Zahri.

1. Jangan skip sahur

giphy
Sahur penting untuk bekalkan nutrisi, air dan tenaga untuk amalan berpuasa. Lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia.

2. Komplex Karbo

rice
Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda semasa bersahur. Kenapa? Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.

3. Target Kalori: dalam 500kcal

image
Secara purata, target pengambilan kalori untuk hidangan sahur should be dalam lingkungan 500kcal. Pastikan ada sumber protein dan karbohidrat berserat seperti segenggam nasi, lauk ayam, sayur dan air.

4. Protein yang bersih

image
Makanan berprotein seperti ayam, ikan sangat mengenyangkan dan mengambil masa berjam untuk lalui proses penghadaman.

5. Elak Garam

image
Garam sebenarnya mempercepatkan dehidrasi dan akan anda rasa haus ketika berpuasa.

6. Elak Kafein

giphy (1)
Kafein dalam minuman seperti teh tarik, teh hijau, Nescafe, kopi, milo dan lain-lain adalah diuretik – kualiti yang memaksa badan buang air. Ini lagi mempercepatkan dehidrasi semasa berpuasa.

7. Kenali kandungan kafein minuman

image
Air gas, teh dan cholatate pun biasa mengandungi kafein. Kandungan kafein dalam setiap minuman berbeza-beza.

8. Jangan minum banyak sangat!

ezgif-1943556943
Lagi banyak anda minum, lagi cepat badan akan membuangnya dan lagi lah cepat anda anda berasa haus. 2-3 gelas pun dah cukup.

Sumber : hanasuva