- ZAKIR NAIK TERENGGANU : DR ZAKIR NAIK SEKOLAHKAN PELAJAR PERUBATAN KERANA MAHU BERTANYA SOALAN KONTROVERSI INI AKHIRNYA MALU SENDIRI !
- Gadis Oku Mengaku Bercinta Dengan Ayah Kandung Hingga Hamil 7 Bulan
- KISAH BENAR: "AKHIRNYA AKU MENANG" - WANITA INI BANGGA RAMPAS SUAMI ORANG
- Amukan ‘AGAMA’ Lelaki Ini Raih 100 Ribu Views, Identitinya Akhirnya Didedahkan... Memang Sangat Mengejutkan!
- ALFATIHAH… Luahan SAYU NurulHidayah Zahid Hamidi Dihari Kedua Pemergian Suaminya Buat Ramai TERSENTUH !!!
Pukul 3 Pagi Ingatkan Elektrik Rumah TERPUTUS. RupaRupanya Ada….. | Sepasang suami isteri cedera di tangan, kaki dan muka selepas ditetak penyamun bersenjatakan parang di rumahnya di Kampung Hulu Kekabu dekat Kampung Guntung, di sini, kirakira jam 3.30 pagi tadi.
Dalam kejadian tersebut, mangsa Zaromi Mohd Zain, 48, dan isteri, Zubaidah Mat, 54, diserang dua lelaki yang menceroboh rumah mereka selepas bertindak menendang pintu utama rumah.
Anak mangsa, Mohamad Zainiman, 23, berkata, sebelum kejadian kirakira jam 3 pagi, dia yang sedang tidur di dalam sebuah bilik tersedar apabila berasa panas dan mendapati rumah gelap akibat terputus bekalan elektrik.
Menurutnya, dia keluar ke ruang tamu dan mendapati bapanya yang sedang tidur di ruang tamu turut terjaga.
“Pada mulanya kami menyangka bekalan elektrik terputus namun selang beberapa minit kemudian, tibatiba ayah dan saya terdengar bunyi pintu dapur rumah seperti ditendang.
“Kami terkejut dengan bunyi kuat itu tetapi belum lagi mengesyaki sesuatu buruk sebelum suspek beralih menendang pintu utama rumah selepas gagal membuka pintu dapur itu,” katanya yang ditemui di rumahnya, hari ini.
Mohamad Zainiman berkata lagi, selepas menyedari rumahnya ditendang penjenayah, dia bersama bapa , ibu dan seorang adiknya bertindak menahan pintu itu dari dalam rumah untuk mengelak penjenayah dapat membuka dan masuk.
Namun suspek terus bertindak menendang pintu menyebabkan ensel pintu tercabut ditambah pula bapanya yang cedera parah di tangan ketika menahan pintu itu akibat dilibas oleh suspek menggunakan parang melalui celah pintu yang terbuka .
“Dalam keadaan gelap dan kelam kabut itu, akhirnya suspek berjaya masuk ke dalam rumah kemudian terus menetak muka ayah saya yang sudah terjatuh.
“Saya dapat melihat keduadua suspek memakai helmet dan menutup muka dengan kain berdasarkan cahaya lampu suluh yang diguna suspek.
“Saya juga nampak sebilah parang panjang di tangan salah seorang daripada mereka dan seorang lagi memegang objek menyerupai pistol,” katanya yang mengakui sakit badan dan pinggang setelah ditendang beberapa kali oleh suspek. KREDIT SINAR HARIAN.
Sumber : http://gelakhati.blogspot.my/