LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

'Nak Suami Macam Ini Satu, Please!!'


Housemate aku seorang isteri dan wanita bekerjaya. Sudah berkahwin pun duduk jarak jauh dengan suami. Haish! Sebab bulan puasa, balik awal. Dapatlah dia dengan suami berbuka bersama-sama. 

Bila aku sampai rumah, tengok dia dah halfway main masak-masak nak siapkan juadah berbuka. Kebiasaannya selepas makan malam, aku akan terus masuk bilik. Astro aku bayar memang nak bagi orang tengok pun. Hehe! Tetapi hari ini tak, aku berpeluang menonton filem 'Istanbul Aku Datang' sampai tamat. Yes! 

Selepas si suami masuk bilik untuk solat, si isteri pula pergi solat (bilik kecil, tak dapat berjemaah). Si suami duduklah di depan televisyen sementara menunggu. Suku cerita Istanbul, dia bangun dan masuk bilik. Tengok isteri dia buat apa sebab tak keluar-keluar dari bilik. Kemudian si suami keluar semula pergi ke ruang tamu. Ambil handphone dan barang yang lain masuk ke bilik. 

Aku dah cuak, diorang marah aku ke? Diorang tak selesa ke aku ada tengok televisyen bersama-sama? Diorang nak tidur atau menjalankan tanggungjawab? Eh? Awal lagi ini. 

Aku nak tanya tetapi takut, aku abaikan segala persoalan dan terus bermaharajalela menonton televisyen. 

Tepat jam 10 malam, aku tutup televisyen, kemas dapur dan melangkah ke kamar tidur. Sewaktu melintas di hadapan bilik housemate aku, terdengar bacaan ayat suci Al-Quran. Sebab tak percaya dengan deria pendengaran sendiri, tiga kali aku keluar masuk bilik sebab nak memastikan apa yang aku dengar. 

Yup! Suara housemate aku sedang mengaji sambil suaminya membetulkan bacaan. Saat dan ketika itu, aku rasa nak menangis. 

"Nak suami macam ini satu please!"

Suami dia muda lebih 10 tahun. Aku mengenali mereka berdua dari bujang sampai sekarang. Dari asyik bergaduh, nak putus tunang padahal seminggu lagi nak berkahwin, seminggu selepas berkahwin rasa menyesal, kalau boleh nak undurkan masa dan berharap tak pernah kenal satu sama lain. 

Aku rasa ini antara usaha mereka untuk memperbaiki perkahwinan mereka. Dulu tak solat, sekarang dah solat. Si suami ajar mengaji, semak bacaan. Walaupun lahir Islam, belum tentu lagi sempurna Islamnya. Dan pada mereka yang berkahwin dengan saudara/saudari Islam yang baru, mesti lebih banyak cabarannya. 

Okay, sekarang diorang suami isteri sedang bergaduh sebab compare lelaki handsome dan perempuan cantik. Lepas itu bergaduh sebab Beto Kusyairy layan Lisa sweet sangat. Okay good night! 


Haa, tak semua orang perkahwinannya indah saja dari mula sehingga habis. Ada juga yang bergelora, asyik bergaduh dan bermacam-macam lagi. Pokok pangkalnya, kena ada agama. Sebab itu sebelum berkahwin kena siapkan diri dengan ilmu agama. Tak minta jadi ustaz pun, cukuplah tahu nak solat dan mengaji sikit-sikit kan? - Atiqah Miftah | PIXEL MEDIA