LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Kenapa Mak Selalu Menangkan Abang/Kakak Bila Bergaduh? Rupanya Kini Baru Ku Tahu

Gambar Hiasan

Mesti kita sendiri pernah lalui dahulu di mana ibu bapa kita lebih memenangkan abang atau kakak kita bila bergaduh sehingga membuatkan kita rasa seperti tidak disayangi.

Rupa-rupanya semua itu ada sebabnya ibu dan bapa kita memenangkan abang atau kakak kita.

Ustaz Khailil Razak melalui satu perkongsiannya telah menyebut tentang perkara ini di mana menceritakan sedikit pengalamnya di mana maknya dahulu akan memenangkan abangnya dan dia akan dirotan jika bergaduh.

Kenapa begitu? jom kita baca pencerahan ustaz.

Dulu Masa kecik saya selalu bergaduh ngan abg saya no dua.. Macam anjing dengan kucing.. Ibaratnyee.. Hehe.. Tapi mak saya selalu menangkan abg saya.. Mak selalu marah saya rotan saya.. Pernah sekali saya pernah mencarut.. Kuar perkataan bukan2.. Semoga Allah maafkan saya..Abg2 pun apa lagi tangkap saya dan mak amek cili dan cilikan mulut saya.. Perghhh rasa 2 inci laa tebal mulut ni.. Padahal tu salah abg saya.. Bukan salah sy.. Saya rasalah.. Haha..

Satu hari saya duduk dalam satu ceramah parenting daripada satu orang ustaz ni.. Ustaz tu kata 

"Kalau anak kita bergaduh yg kecik dan besar.. Jangan marah yg besar.. Sebab dia dah besar.. Malu dia depan adik dia dia kena marah.. Tapi marah yg adik.. Nanti abg dia tengok adik dia kena marah si abg akan rasa kesian pada adiknya.." 

Saya terus terfikir.. MasyaAllah mak saya tak pernah pun pergi ceramah parenting saya rasa.. Atok2 nenek kita tak pernah pun pergi kursus sebagainya.. Tapi rupanya mereka ni orang tua2 masyaAllah cara mereka mendidik menyebabkan kita hari ni jadi "manusia"..

Sedih lihat hari ni.. Kadang2 pergi shopping dengan wife tertengok gelagat mak ayah.. Marah anak depan orang ramai.. Cubit lempang depan orang dan depan anak2 yg lain.. Saya baru faham sebenarnya setiap anak ni ada maruah masing2.. Jangan jatuh kan air muka anak kita depan anak2 yg lain supaya mereka saling dapat syg menyayangi.. Hormat menghormati.. Sebab tu kadang2 saya di tanya.. 

"Anak saya ni makin besar dah makin xnak ikut kami pergi mana2 ustaz..budak2 sekarang.." 

Bagi saya sama sahaja budak sekarang dan budak dulu.. Tapi bagaimana cara kita mendidik dan suasana yg kita wuhudkan di rumah dan di tempat dia belajar.. Anak2 hari ni lebih suka duduk dengan kawan2 mereka sebab kawan2 lebih pandai menghargai dirinya berbanding kita ibu bapa hargai anak kita.. Kita lebih suka bercakap dengan talifon dan senyum pada talifon berbanding senyum dan bercakap dengan anak2 kita.. YaAllah.. Ampuni kami.. Semua salah saya..

Saya pernah di kongsi satu orang pakcik dia suami kepada cikgu kimia saya dulu cikgu Joned Badar.. Pakcik mus ada 11 orang anak lelaki.. Dan semua berjaya macam2 profession.. 

MasyaAllah.. Masa kecik anak2 mereka ni kalau dtg raya habis rumah orang dikerjakan.. Pecah sana pecah sini.. Tuan rumah berbulu je tengok.. Tapi pakcik mus ni hanya senyum dan tegur2 biasa je.. Tapi lepas balik rumah.. Pakcik mus akan bawa anak dia yg buat salah tadi masuk kereta dan bawa pusing2 makn ais krim lepas habis makan dia akan marah dan nasihat anak dia dalam kereta sorang2.. Bukan di hadapan anak2 yg lain.. MasyaAllah.. Banyak saya belajar dengan pakcik mus..

Kadang2 perasan tak.. Kita kata kat anak kita "ibu nak ahmad balik sebelum pukul 6.30..!" Bila dia balik lewat kita marah mereka kita tengking mereka kita pukul mereka.. Tapi ada masa dia balik lagi awal daripda 6.30 kita lupa nak hargai mereka.. "Bagus anak ibu balik awal.. Anak soleh betul....

" Kadang2 kita kedekut nak puji anak kita.. Kita lebih suka lihat kebaikan anak orang lain.. Puji anak orang lain berbanding kita puji darah daging kita sendiri.. YaAllah ampuni kami.. Semua salah saya..


YaAllah tuahn kami..maafkan kami..kami bodoh.. Tak pandai jadi ibu dan ayah.. Kami abaikan tanggungjawab kami untuk didik anak kami cara sunnah.. Kami tak kenalkan mereka denganMu dan nabi saw... Maafkan kami yaAllah kami lebih sibuk dengan dunia kami harta kami berbanding didik anak2 kami jadi seperi sahabah rhum.. YaAllah ajarlah kami jadi ibu dan ayah seperti sahabah RHum.. Wahai Allah tuhan kami.. Janganlah jadikan anak2 kami sebagai pengahalang pda kami untuk masuk syurgaMu.. Amiiin

Siakapkeli.my