Buat penggemar minyak wangi, mungkin berita kali ini merupakan satu kejutan buat anda.
Kajian dari New Mexico State University (NMSU) mendapati, minyak wanita Victoria’s Secret iaitu Bombshell berkesan untuk menghalau nyamuk pembawa virus!
Siapa yang tidak mengenali jenama minyak wangi terkenal dan wangian Bombshell memang menjadi kegilaan ramai kerana harumannya yang memang sedap.
Hasil dari kajian tersebut mendapati, dua jenis virus nyamuk iaitu Aedes Albopictus dan Aedes Aegypti (nyamuk penyebar virus zika) boleh diusir menggunakan minyak wangi ini.
Penyelidik mendapati, produk yang mengandungi DEET iaitu bahan lazim dalam penyembur serangga mampu mengusir nyamuk.
Selain itu, produk yang menggunakan minyak lemon eucalyptus turut berfungsi sepertiDEET yang merupakan formula utama dalam wangian Bombshell.
Kata penyelidik, nyamuk tidak tertarik dengan badan manusia yang mempunyai aroma tersebut dan membuatkan si pemakai lebih selamat.
Jadi, lepas ni tak perlu dah takut dengan nyamuk. Pakai je wangian Bombshell dari Victoria’s Secret untuk elak digigit nyamuk.
Sumber : Hanasuva