LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

(Foto) Bengang Tak Dibenarkan Berniaga, Peniaga Bakar Gerai

Foto besar : Keadaan gerai yang dibakar. Foto kecil : Peniaga melakukan protest. (Foto internet)

BALAKONG, 8 JUN – Gara-gara bengang dengan tindakan anggota penguatkuasa merampas kanopi perniagaan, seorang peniaga bertindak membakar gerai bazar Ramadan yang diusahakan sebagai tanda protes terhadap Majlis Perbandaran Kajang dalam kejadian kira-kira 5.05 petang tadi.

Dalam kejadian itu, peniaga tersebut dikatakan tidak dapat menahan emosi apabila anggota penguatkuasa bertindak mengangkut peralatan perniagaan ketika mula beroperasi di tapak itu.

Sebelum kejadian, kira-kira 50 peniaga menjalankan protes mendesak MPKj agar membenarkan mereka menjalankan perniagaan di sepanjang Jalan Cengal 4 Taman Impian Ehsan.

Keadaan bagaimanapun bertukar tegang apabila salah seorang dari peniaga tiba-tiba menuang minyak petrol di atas meja gerai malah turut melumur minyak di badannya.

Rakan peniaga itu kemudian menyalakan api menyebabkan payung kanopi dan meja hangus ditelan api.

Menurut wakil peniaga, Zainuddin Osman, MPKj telah mengeluarkan notis pada petang semalam mengarahkan peniaga menghentikan operasi perniagaan di tapak itu.



Pada pagi tadi, perbincangan diadakan antara peniaga dan pihak MPKj namun menemui jalan buntu dan tidak memihak kepada pihaknya menyebabkan peniaga terus berkeras untuk menerusi perniagaan di tapak yang telah wujud sejak 18 tahun lalu.

Kami berniaga di sini sejak belasan tahun lalu, MPKj arah kami pindah ke lokasi dalam ‘hutan’, tahun lepas… kami ikut arahan dan berniaga di tempat diarahkan namun perniagaan dijalankan hancur.

“Tahun ini kami nekad untuk berniaga dan kekal di tempat lama, kami harap MPKj benarkan kami berniaga di sini 26 hari saja lagi, kami bukan nak berniaga lama-lama pun,” katanya.

Zainuddin berkata, dia percaya hanya campur tangan politik yang boleh menyelesaikan masalah kerana campur tangan politik dakwanya yang mengkucar-kacirkan keadaan di situ sebelum ini.

Kami patuh semua prosedur, ambil suntikan demam kepialu dan sebagainya…mengapa tak boleh berniaga di sini sedangkan premis kedai judi elok dibiarkan beroperasi,”katanya lagi.  

Sumber : Sinar Online.