LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

'Dia Sanggup Ambil Risiko Demi Hulurkan Juadah Berbuka Itu'



Sebentar tadi, aku dijemput berbuka puasa bersama sahabat handai di Hotel The Majestic Kuala Lumpur. 

10 minit sebelum berbuka, tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita mengalami kerosakan betul-betul di hadapan hotel tersebut. Tak ramai yang perasan, maklumlah masing-masing dok menghadap deretan udang galah, kambing, yang penuh di meja buffet. 

Kemudian aku terpandang seorang staff restoran ini yang sibuk keluar dari kitchen dengan membawa sebuah kotak. Sebaik saja azan maghrib berkumandang, dia melangkah laju menuju ke kereta tersebut. Serius dia memang ambil risiko kerana banyak kereta dan bertali arus. 

This is the best part. Dia menghulurkan kuih muih dan air minuman kepada pemilik kereta tersebut dan beberapa orang pemuda yang cuba membantu membaiki kenderaan wanita itu. Allahuakbar! 



Aku sempat merakam turutan peristiwa itu menggunakan handphone tetapi, maaflah handphone murah, dari jauh pula tu. 

Salute pada staff hotel bernama Hisham dan Hotel Majestic. Proud of you guys! - Syahril A. Kadir | PIXEL MEDIA