Nak nikah kat masjid kena patuhi undang-undang dirumah Allah.
1) Baju pengantin perempuan pastikan menutup aurat dgn sempurna. Maksudnya takboleh ketat macam kerengga. Takboleh belanja dada. Wajib pakai stokin. (kalau pengantin perempuan period takboleh masuk masjid. ingat tu!)
2) Kawan-kawan saudara-saudara perempuan wajib menutup aurat dengan sempurna. Temasuk pakai stokin. Dan baju tudung takboleh ketat. Takboleh tudung atas dada. Asingan jauh lelaki dengan perempuan. Takboleh rapat-rapat. (kalau kawan perempuan ada yang period takboleh masuk masjid, ingat tu!)
3) Sarung cincin sarung dekat rumah. Bergambar, begambar dekat rumah. Di masjid takperlu bersentuhan lelaki dengan perempuan. cukup sekadar solat sunat selepas nikah. (jangan bawa masuk hal dunia dalam Rumah Allah).
Tapi kita semua taknampak. Rumah Allah kita buat macam rumah kita. Masuk masjid kena solat sunat dua rokaat. Tapi bila akad nikah takde sowg pun solat sunat masuk masjid. Malah perempuan mejoriti aurat tak tutup dengan sempurna kaki wajib tutup, baju ketat tudung singkat.
Bila nak ambil gambar lelaki perempuan rapat-rapat. Pernah kau tengok pakcik-pakcik rapat rapat ngan bini dorang??
Rumah Allah orang dah tak hormat. Orang buat macam dewan. Tempat perempuan dibalik tirai. Kalau solat jemaah. Penah tengok tirai tu dibuka??Ye pernah masa ceramah. Waktu solat jenazah pun tirai ditutup. Bukan berhampiran selangkah dua di belakang lelaki. Duduk ditempat perempuan. Nak sign boleh je wakil bawakkan buku tu ke tempat perempuan. Astaghfirullah hal aziim.
Banyak benda nak kena betulkan. Kalau nak nikah kat masjid. Kena belajar adab dalam masjid. Bukan pentingkan adat. Nak kena cukupkan hantaran bagai. Itu je orang focuz.
Kalau takmampu patuhi adab masjid. Nikah je luar masjid. Nikah kat mana-mana boleh. Penting adab kena jaga. Adab kita dengan Allah. Di rumahNya. Dahlah dibumi Allah kita tak jaga hakNya. Takkan sampai dirumah Allah jugak kita taknak jaga hak Nya?? Kejam..
#Mana yang terlepas pandang tu. Jangan lupa solat sunat taubat 2 rakaat. Allah swt Maha Pengampun Maha Menerima Taubat. Kita bukan sempurna. Mesti ada yang terlepas pandang. Biaselah kita fikir nak kahwin, cantik settle. Sampai lupa bab adab di Rumah Allah. Astaghfirullah hal azim 😞😞
Mana yang nak nikah lepas ni. Pastikan baju tu bukan baju yang ketat tolong jaga aurat dirumah Allah swt Kalau takboleh jaga. Tolong akad nikah diluar Rumah Allah. Dan.. Nanti nak solat sunat nikah takboleh. Nak perkahwinan yang berkah. Jemaah sekali dengan suami.. 1st solat jemaah.. Bukan selalu.. Sekali je..
Jangan lupa tanya saudara-saudara perempuan. Kalau ada yang berhadas. Tolong jangan masuk masjid. Kita jaga kesucian Rumah Allah. Ye..
Banyaknya nikmat Allah swt yang kita dustakan. Astaghfirullah hal azim.
Sumber : http://www.himpunanceritalawak.com/
Related Posts :
Bilal Rebah Ketika Mahu Laungkan Iqamat BUTTERWORTH, 22 Mei - Seorang bilal menghembuskan nafas terakhir ketika baru hendak melaungka… Read More...
Penyanyi Ini Menjadi Sebutan Seluruh Dunia Disebabkan 4 Ekor Peminat Comel Ini 4 ekor anak kucing ini begitu asyik mendengar muzik sehingga menjadikan lelaki ini terkenal.&nb… Read More...
Lelaki Serah Diri Kepada Singa di Zoo Untuk Dibaham, 2 Mati Ditembak Chile, 22 Mei - Seorang lelaki bertindak nekad memasuki sebuah kandang singa di sebuah zoo di… Read More...
Kembar “Tumpang Hidup” Dalam Perut Selama 15 Tahun Baling, 23 Mei - Seorang remaja dari Baling, Kedah, tidak menyangka punca perutnya membesar… Read More...
Lebih Kurang 20,000 Lebah Kejar Kereta Selama 2 Hari Selepas Ratunya 'Bersembunyi' Di Bonet Kereta Wales, 24 Mei - Sekawan lebah mencetus 'huru-hara' apabila mengejar sebuah kereta Mitsubishi … Read More...