BAPA MINTA TARIK LAPORAN POLIS. TINDAKKAN BERANI WANITA INI DAPAT SOKONGAN NETIZEN !!! |
Selepas kejadian pagi tadi, saya terus buat laporan polis. Saya tunggu sehingga petang. Masih tiada panggilan dari pihak polis.
Jam 12 tengah hari, saya dihubungi oleh cikgu di tempat sekolah uzma. Kata cikgu, dia sudah periksa uniform budak perempuan yang saya beritahu pada mereka.
Dari segi uniform yang dipakai oleh budak tersebut adalah dari sekolah berdekatan rumah saya. Tanpa berlengah, saya capai tudung dan terus ke sekola htersebut.
Saya tanya pengawal keselamatan yang bekerja di sekolah itu, memang sah pakaian yang saya kata itu adalah dari sekolah tersebut. Saya pun bertemu dengan guru-guru dalam sekolah itu dan menceritakan apa yang saya nampak.
Menurut guru-guru sekolah itu, semua murid pra sekolah naik van, hanya ada 4 orang murid sahaja yang dijemput sendiri oleh ibu bapa mereka.
Namun, salah seorang guru mendapati ada seorang murid yang selalu dijemput oleh seorang lelaki tetapi tidak pasti sama ada lelaki itu abang atau pakcik murid terbabit. Kata cikgu itu lagi, lelaki itu kurang siuaman.
Ya Allah, boleh ke begitu?
Cikgu itu cuba menghubungi ibu murid berkenaan namun gagal. Saya pun pulang ke rumah.
Dua jam kemudian pihak sekolah menghubungi saya mengatakan ibu murid itu sibuk namun tidak menceritakan selanjutnya. Tetapi mereka sudah menyiasat nombor pendaftaran motosikal berwarna merah yang saya katakan itu. Cuma salah satu angka sahaja. Yang lain, semuanya tepat dengan apa yang saya nampak.
Menurut cikgu, ibunya berniaga di satu tempat namun tidak dapat menceritakannya di sini. Saya minta tolong sahabat-sahabat saya pergi ke tempat itu. Ya Allah! Memang ada motosikal itu.
BAPA MANGSA MINTA TARIK BALIK LAPORAN POLIS
Sebelum saya menceritakan lebih panjang, saya minta maaf terpaksa rahsiakan tempat sekolah mangsa, keluarganya dan si pelaku.
Alhamdulillah, kes telah berjalan dengan lancar. Tadi saya berada di sekolah dan saya sudah melihat adik itu. Saya tengok beg dia, saya sedih sangat. Saya nak peluk dia dan cakap pada dia, “Adik dah selamat”
Paling menyedihkan saya apabila kanak-kanak itu beritahu cikgu yang dia sakit belakang seperti dicucuk-cucuk. Ya Allah.
Semasa saya berada dalam sekolah tersebut, bapanya ada di bilik pengetua sekolah. Pengetua inilah yang memaklumkan kejadian yang menimpa anaknya itu.
Yang paling saya tidak dapat menerima ialah si pelaku ada pertalian saudara dengan kanak-kanak tersebut. Apa yang membuatkan saya marah ialah si bapa menyuruh saya menarik balik laporan polis yang telah saya buat kerana ingin menjaga nama baik keluarga.
Saya minta maaf, saya tak dapat nak tarik balik report ini dan saya serahkan semua pada pihak Polis. Tugas saya dah selesai dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang follow, mesej saya tak henti-henti, yang mendoakan saya, dan yang tak putus-putus bagi kata-kata semangat. Ada hikmah disebalik kejadian ini berlaku didepan mata saya sendiri.
Sumber : http://0hhsem.blogspot.my/