LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

5 Cara Berkesan Untuk ‘Nyahkan’ Bau Mulut Ketika Puasa!

Bila bulan puasa ni, ramai la yang malu nak bercakap dan buka mulut dek kerana takut mulut tu bau ‘semerbak’.
Memang rasa tak yakin nak bercakap, mana tau kawan pejabat semua lari sebab tak tahan dengan bau mulut anda.
Jangan risau, ada cara yang mudah untuk anda elak dari masalah bau mulut.

1. Gosok Gigi & Lidah

1a
Pastikan anda menggosok gigi dan lidah selepas bersahur. Jangan ambil remeh bab menggosok gigi ni. Lidah pun kena gosok sekali. Semasa menggosok gigi, tarik dan hembuskan nafas untuk singkirkan bau mulut.

2. Teh Hijau

2
Minum teh hijau tanpa gula ketika bersahur dan berbuka puasa. Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteri dalam mulut dan saluran pernafasan.

3. Ubat Kumur

anigif_enhanced-buzz-2868-1372090066-19

Supaya kebersihan mulut anda lebih terjamin, anda disarankan untuk menggunakan ubat kumur setelah menggosok gigi. Mana la tahu, dah gosok gigi pun masih ada bau lagi.

4. Kurangkan Makanan Manis

giphy
Makanan manis memang sedap tetapi risiko pada gigi anda juga sangat ‘dasyat’. Makanan bergula akan lebih cepat melekat pada gigi dan susah untuk dibersihkan, akhirnya gigi anda jadi cepat rosak dan menyebabkan bau mulut yang ‘lain macam’.

5. Air Mineral

tumblr_nccrocXn0F1sjfos6o3_500
Minum air mineral secukupnya ketika sahur dan berbuka. Air mineral juga dapat meningkatkan produksi air liur dan kebersihan mulut anda tetap terjaga.

Sumber : http://hanasuva.com/