LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Wanita Saman Starbucks RM19.6 Juta Kerana Letak Ais Terlalu Banyak!

Di Amerika Syarikat, seorang wanita mengheret Starbuck ke mahkamah hanya kerana syarikat kopi terkenal itu meletakkan terlalu banyak ais dalam minumannya.
Menurut Metro.co.uk, Stancy Pincus menfailkan tuntutan mahkamah kepada syarikat itu dan mendakwa pelanggan hanya mendapat separuh minuman daripada apa yang dibayar.

Menurut Courthouse News Service, Stancy menfailkan saman berjumlah $5juta (RM19.6 juta) terhadap syarikat tersebut.
Dalam fail tuntutan mahkamah tersebut, seorang pelanggan Starbucks yang memesan minuman sejuk Venti hanya menerima 14 auns minuman iaitu separuh daripada apa yang diiklankan dan hanya lebih separuh harga yang dibayar.

ColdBevsSpring2015
Tambah dokumen itu lagi, pada dasarnya Starbucks mengiklankan saiz cawan minuman sejuk pada menu dan bukannya jumlah minuman yang akan diterima bagi pembelian minuman sejuk dan ia merupakan proses ke arah penipuan.
Starbucks berkata, ais adalah bahagian penting dalam minuman sejuk dan mereka akan membuat semula kepada pelanggan yang tidak berpuas hati.

Sumber : Hanasuva
ColdBevsSpring2015