LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Wanita India Berjaya Lahirkan Anak Pertamanya Pada Umur 70 Tahun


NEW DELHI: Seeorang wanita India ternyata gembira dan teruja selepas dia telah melahirkan anak pertamanya pada usia 70 tahun di mana katanya hidupnya kini sudah lengkap.

Wanita berkenaan, Daljinder Kaur menyatakan dia tidak terlalu tua untuk menjadi seorang ibu apabila melahirkan seorang bayi lelaki bulan lalu melalui rawatan pembenihan in-vitro (IVF) selama dua tahun yang dilakukkanya di sebuah klinik kesuburan di utara negeri Haryana bersama suaminya yang berusia 79 tahun.

Mereka dikatakan telah putus harapan untuk mendapatkan zuriat kerana tidak dikurniakan anak sejak 46 tahun berkahwin selain menanggung rasa malu kerana sering dipandang serong di negara yang melihat ketidaksuburan sebagai laknat Tuhan.

"Tuhan mendengar doa kami. Hidup kami kini lebih lengkap. Saya sendiri yang menjaga bayi ini dan saya rasa sangat bertenaga. Suami saya juga sangat mengambil berat dan sering membantu," kata dipetik The Telegraph.

Menurut suaminya, Mohinder Singh Gill, dia rasa amant bimbang kerana umurnya dah terlalu berusia namun yakin Tuhan akan melindungi anaknya yang dinamakan Armaan.

Dr. Anurag Bishnoi, yang mengendalikan kes pasangan ini berkata beliau pada mulanya ragu-ragu untuk meneruskan rawatan berkenaan kerana umur mereka namun selepas ujian mendapati Kaur masih mampun untuk mengandungkan bayi selama 9 bulan dia akhirnya meneruskan hasrat pasangan itu. - Siakapkeli.my