LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

(Video & Gambar) Inginkan Percutian Yang 'Private'? Jom ke Sebuah Pulau di Malaysia Ini


Bagi yang sukakan keindahan alam, bercuti di pulau sudah tentu menjadi satu kemestian. Kita bernasib baik kerana Malaysia mempunyai beberapa pulau yang indah lagi cantik. Dan salah satu pulaunya adalah Pulau Perhentian di Terengganu.

Pulau Perhentian adalah satu lokasi pelancongan yang sangat berbaloi untuk dijadikan destinasi percutian anda yang seterusnya. Suasana yang tenang, bersih dan alam semulajadi sehingga boleh dikatakan jantung yang sakit juga boleh jadi “sihat”!

Lihat sahaja kondisi airnya yang jernih seakan-akan hampaian kaca bersama penghuni-penghuninya si penyu dan ikan-ikan sangat sesuai jika anda suka snorkeling atau menyelam.




Bagaimanapun, tidak lengkap percutian di Pulau Perhentian tanpa tempat penginapan yang terbaik. Jika anda seseorang yang mementingkan kesempurnaan, anda boleh mencuba Perhentian Island Resort, sebuah resort persendirian yang dijaga rapi dan mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Di sini kami kongsikan beberapa kelebihan resort ini.

Penginapan yang selesa lagi 'private'

Diresort ini, cuma ada 106 bilik yang tersedia untuk pengunjung, dan sudah tentu ini akan menjadikan resort ini tidak dipenuhi dengan orang. Setiap bilik didatangkan dengan beranda tersendiri serta bilik yang mewah dan selesa.




Pemandangan yang cantik

Sesiapa pun ingin bercuti di tempat yang cantik. Tetapi di Perhentian Island Resort, pemandangannya 'extra cantik' kerana ianya adalah resort persendirian dan sangat dijaga dengan rapi. Nah, kami tampilkan beberapa gambar pemandangan yang boleh buat anda jatuh hati dengan kawasan ni.




Nak Beriadah Pun Boleh

Mahu isi masa bercuti anda dengan aktiviti-aktiviti yang menarik? Jangan risau kerana resort ini menawarkan pelbagai aktiviti dan kemudahan untuk anda. Antaranya
  • Scuba Diving
  • Kayak
  • Snokerling
  • Snoker
  • Tenis, bola tampar & bola sepak
  • Swimming pool
  • Bilik mesyuarat (pun ada)

Makan Tak Perlu Risau 

Kalau anda risaukan bab makan pula, jangan khuatir kerana resort ini menawarkan pelbagai jenis makanan. Jom lihat dua restoran yang boleh didapati di dalam resort ini.

Pinang Seribu Restaurant - Menyediakan makanan antarabangsa dan makanan tempatan. Kalau anda ingin bawa orang tua anda bercuti dan risau tentang makanan, boleh bawa mereka ke Perhentian Island Resort dan tidak perlu khuatir tentang makanan untuk mereka.




Beach Front Cafe - Ber-BBQ sambil tengok keindahan pantai. Sangat sempurna jika anda ingin menyambut perayaan tertentu bersama keluarga dan juga mereka yang tersayang.



Apa kata mereka yang sudah singgah? 

Antara reviu-reviu yang kami kutip menerusi portal percutian mengenai Perhentian Island Resort.

Komen dari Tripadvisor

Komen dari Tripadvisor
Komen dari Tripadvisor
Komen dari Tripadvisor

Jom tonton video pendek ini untuk merasai sedikit sebanyak suasana di Perhentian Island Resort. Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi info menarik, boleh layari perhentianislandresort.net

Sumber : http://www.siakapkeli.my/