Sedih apabila melihat wajah kedua kanak-kanak ini yang hidup terbiar dan hanya berlindung daripada panas dan hujan di tempat pelupusan sampah. Kita mungkin memandang jijik tempat sebegini sebaliknya itulah punca rezeki kepada kedua kanak-kanak malang ini.
Guru ini, Mohd Saiful Rizuan telah mengunjungi adik beradik ini dan terkejut apabila melihat ‘rumah’ mereka hanyalah di tempat pelupusan yang busuk dan kotor.
Tempat pelupusan sampah ini menjadi punca rezeki bagi adik beradik ini.
Hanya perkongsian bersama.
Ini tempat pelupusan sampah (semua orang tau) maknanya hanya sampah sarap yang amat menjijikkan. Tapi disebaliknya terdapat rahmat dicelah-celah timbunan sampah sarap ini yang menjadi punca rezeki yang halal.. opss bukan ini yang nak aku cerita.
Si kakak 7 tahun, dan si adik 4 tahun tidak bersekolah.
Si Kakak berumur dalam lingkungan 7 tahun (aku rasa) Si Adik 4 tahun (aku agak la) bagi aku sendiri tak layak untuk tinggal untuk insan bernama MANUSIA. Mak bapak budak2 ni ada je kat situ.. tidur kata Si kakak.. sambil2 borak.. aku tanya la soalan2 ringkas.. dah makan ke.. dah mandi ke.. si kakak jawab dah makan… makan megi.. mandi tak lagi.. air tak de… air sg kering.. tanye lagi.. tak pergi sekolah ke? cepat2 dia geleng kepala.. tapi bila aku cakap aku ni cikgu.. terus dia senyum manis dan panggil abang cikgu.. terus je dari mulut dia menyebut A..B..C..D.. siap tulis atas tanah berdebu lagi.. aku tanye.. tak nak pergi sekolah ke? dia tak mau.. sebab bagi aku sdiri.. dia tak tau apa makna sekolah. bila aku cakap kat sekolah ada kawan2 baru.. boleh main bola.. main kejar2.. matanya menjadi bulat yang menunjukkan dia sangat suka.. siap bisik lagi kat telinga si adik.. kita pergi sekolah nak tak?.. apa lagi.. macam2 la adik dia cakap tapi tak paham sangat..
Mereka amat cerdik, petah berkomunikasi tapi hidup terabai, keselamatan dan kesihatan tak terjamin.
Apa yang aku perhatikan.. budak2 ini bebas tanpa kawalan.. dah la tempat ni tepi hutan tebal.. dengar dari cerita orang2 kat situ.. sebulan sebelum tu ada harimau tepi bangsal mereka.. tapi budak2 ni bebas.. sambil berlari2 berkejaran.. bila penat.. tangan tak berhenti menyelongkar sampah sarap mencari permainan.. Si kakak dapat beg Frozen.. Si adik dapat gambar2.. Api yang membakar sampah seolah2 tak berkesan.. macam dah lali.. ulat2 sampah yang bagi aku amat jijik.. mereka sapu ngan tangan macam tu je.. hampir 2 jam bersama.. mereka aku tinggalkan.. jelas wajah mereka sedih.. tangannya melambai tanda mengucapkan selamat tinggal… Ternyata aku amat kesiankan masa depan mereka berdua.. Mereka amat cerdik.. Petah berkomunikasi.. tapi setakat ini hidup mereka terabai… keselamatan mereka terancam.. kesihatan mereka tak terjamin..Harap kepada pemimpin masyarakat.. jengok2lah mereka.. walau sekejap. sekian.
#pusatpelupusansampah
#tepilapansasarbukitmerbau
#koklanas
Malang sungguh nasib dua beradik ini, hidup terbiar dan langsung tidak menerima pelajaran. Tidak dapat bayangkan bagaimana dengan masa depan mereka kelak. Diharapkan pihak yang prihatin tampil untuk memberi bantuan yang sepatutnya, yang paling penting pelajaran dan tempat tinggal yang selamat.
sumber: Mohd Saiful Rizuan